Youtube Live Subscribe Getting Higher,Subscribe Now.


Showing posts with label kongsi resepi. Show all posts
Showing posts with label kongsi resepi. Show all posts

Kambing Bbq Ayam Bbq Dan Seafood Grill


   Hi Blogger & Readers.Hi tidak banyak yang Saya lakukan dalam membuat Animasi pada masa sekarang apa yang Saya lakukan hanya lah blogwalking dan tinggalkan komen setelah membaca Entry Blogger.Mengikut apa yang Saya baca kebanyakkan di bulan Ramadan ini banyak Entry mengenai makan dan Resepi juadah berbuka puasa.

  Jadi Saya pun teringin pula nak buat Entry mengenai makanan,tapi mengikut gambar di atas itu bukan lah semasa bulan Ramadan akan tetapi gambar yang Saya ambil semasa makan sekeluarga di rumah Saya sempena Tahun baru 2017.(^_^).

Menu pada masa itu adalah simple tapi sedap :

Ayam kepak,kambing perisa barbecue,Scallop ,lobster,fish ball,prawn ball,udang galah,crab stick king size dan lobster masak secara grill,spaghetti roman daging,dan buah buahan.nyum nyum...

  Memang sedap dan menyelerakan .(^_^).Kepada blogger dan readers yang puasa pada hari ini jangan tenung gambar di atas tu lama lama nanti Makruh.Mungkin gambar itu boleh jadi idea juga kepada meraka yang ingin memcuba untuk berbuka nanti.

Ok lah..Mungkin Hari ini adalah Hari Jadi Rakan Anda. jika Ya Anda boleh lah Buat Ucapan Selamat Hari Jadi kepada nya melalui Video ini.

Follow Blog Kongsi Resepi Anda


   HI Blogger,Selain Blog membuat Animasi Saya juga ada membuat Blog mengenai Kongsi Resepi Anda.Dalam blog uk ada page mengenai kongsi resepi,jadi saya nak pisahkan ke blog terbaru iaitu kongsi Resepi Anda.kepada yang ingin mengkongsikan resepi tersendiri boleh lah Email ke Blog Kongsi Resepi Anda..

  Setiap Email yang Anda send akan Saya post kan ke blog Kongsi Resepi Anda (insa Allah).Pastikan anda follow blog Kongsi Resepi Anda untuk memastikan Resepi Anda telah Saya postkan.Kongsi Resepi Anda secara percuma dengan memberi penjelasan bagaimana cara membuatnya.

Di harap kepada follower blog Ucing kadayan dapat follow Blog Kongsi Resepi Anda.Sekian Terima Kasih (>_<).

Resepi Sotong Rex Ala Kampung



Resepi Sotong Rex Ala Kampung
Sotong Dalam Tin Jenama Rex

Resepi Sotong Rex Ala Kampung

Bahan-bahan :

1) Satu Tin Sotong jenama Rex

2) Bawang Merah

3) Halia

4) Sebatang Serai

5) 3 Asam keping

6) 2 Lada Padi

Cara membuatnya :

 Tapis Sotong Rex terlebih dahulu.Potong Sotong  mungkin ada yang belum terpotong,jangan buang air Sotong dan Tin Sotong tadi.Masak Sotong tersebut dengan potongan bahan-bahan ,Bawang Merah,Halia,Sebatang Serai,Asam keping.Apabila Hampir mendidih.masukan setengah Air bersih ke dalam Tin Sotong Rex biarkan mendidih selama 10 minit yang penting Sotong tadi Mudah di Makan tidak seperti chewingum,.Selepas itu kurang kan Api dan masukan Lada padi,Lenyek Lada padi dan tutup api.Siap.

* Jika Anda Ingin Kongsi kan Resepi Di Blog Ini Sila join Community ini " Kongsi Resepi"

* Tonton Animasi Ucing Secara Percuma & Subscribe Channel Saya.

Kongsi Resepi Masakan Blogger





   Hi blogger kali ini Saya nak mempersembahkan satu kommunity iaitu Kongsi Resepi Bersama Blog Uk Saya memang berminat dengan Masakan selain membuat Animasi.walaupun Saya tak pandai Memasak Pandai Memasak tu ada seperti Memasak Mee Segera itu pun Memasak juga.Jadi Saya nak Explore mungkin ada di antara Blogger pandai Memasak dan mempunyai Resepi yang nak di kongsikan.

  Tidak kisah lah Resepi Lama atau Baru , Mungkin terdapat Resepi lama yang terpendam dalam Blog Anda.Mari kongsikan di sini,ianya boleh meningkatkan pengunjung ke Blog Anda juga insa Allah.Sebelum ini Saya ada membuat Entri bertajuk Kongsi Resepi Bersama Blog Uk.Alhamdulilah ada 22 member termasuk Saya lah tu.Terima kasih kepada Member yang telah mengkongsikan Resepi Anda.

  Mari Ikuti Apa Kata Saya dalam Entri Tersebut .Anda Mempunyai Resepi yang Nak di Kongsikan Bersama Blog Ucing.? Jika Ada Sila Join Community ini "Kongsi Resepi" . Post Resepi Url Link Anda ke Kategori yang telah di Sediakan.Entri Resepi akan Saya Link Balik ke Blog Anda iaitu Sebagai Sumbar dari Blog Anda.

  Apabila Anda Post Resepi Url Link Tersebut Sila Buat "Kongsi Resepi" dalam Add Comment di Kongsi Resepi Google + Community Sebagai Tanda Persetujuan .Insa Allah Ramai Join Ramai lah Pengunjung ke Blog Anda.(>_<)

Resepi Udang Galah Freestyle


Resepi Udang Galah Freestyle

Bahan-bahan Paling Ringkas dan Sedap tanpa Garam iaitu:

1) Udang Galah

2) Bawang Putih

3) Madu

4) Margarine atau Butter.

Cara Memasak:

Tumis Bawang putih dengan margarine dengan api serderhana.Apabila bawang hampir ke kuningan masukan Udang Galah.Masakan Udang galah sampai nampak kemerahan,lepas itu tutup api ,Simpan Udang Galah tadi ke piring dan Akhir sekali tuang Madu di atasnya semasa ianya masih panas-panas .Siap.


* Jika Anda Ingin Kongsi kan Resepi Di Blog Ini Sila join Community ini " Kongsi Resepi"

Resepi Sambal Ikan Masin

Resepi Sambal Ikan Masin

 Bahan2
  • Ikan Masin(**sudah semestinya..nama pun sambal ikan masin)
  • Lada kisar
  • Asam Jawa
  • Bawang putih,merah & halia(**tumbuk)
  • Bawang besar(**MV hari tue nda pakai sebab bawang besar habis)
Cara2 menyediakan sambal ikan masin
  • tumiskan bawang putih,merah & halia yg dah ditumbuk halus
  • bila bawang sudah kuning keemasan masukkan lada kisar
  • Masukkan air asam jawa(**biarkan sampai pecah minyak)
  • Masukkan ikan masin
  • Tambah perasa(**gula & garam)
  • Masukkan bawang besar
  • Siap.
Selamat mencuba....Sorry MV ni masak main campak2 jer...so masakan pun simple jer...

Sumber Kongsi Resepi : Msvelentine (MV)

* Jika Anda Ingin Kongsi kan Resepi Di Blog Ini Sila join Community ini " Kongsi Resepi"

Resepi Sambal Sardin Cek Ungu

My Nyumeh Sardine
Resepi Sambal Sardin Cek Ungu

Bahan2:
-1 tin sardin brand AyamBrand
-Cili Kering (Kisar halus)
-Bawang Putih (Kisar Halus)
-Bawang Besar 3 biji (Kisar Halus)
-Garam,Gula
-Kiub ikan bilis Knorr
-Kicap Tamin
-Secubit serbuk kari (utk hilang bau ikan)
-sedikit cili padi
Cara2:
-Tumis bahan2 yg dah dikisar. Tumis hingga pecah minyak.
-Tabur sedikit gula, garam and kiub ikan bilis.
-Masukkan 1 tin sardin dan air separuh tin sardin tu.
-Tuang sedikit kicap, agak2 jgn sampai hitam.
-Tabur sedikit serbuk kari.
-Tabur cili padi.
Sedikit tips:
-hakak suka belah ikan tu biar dia betul2 masak. Tapi kacau slow2 nnt berkecai ikan tu.
-if tak nak masuk serbuk kari pun tak pe. hakak suka rasa dia hehe.
-lagi sedap goreng telur. nyumeh!
Tips paling penting;
-Masak dengan suami and selawat masa gaul lauk tu :)
[Sapa nak share sila ler. hakak halalkan]
Sumber Kongsi Resepi : Cek Ungu

* Jika Anda Ingin Kongsi kan Resepi Di Blog Ini Sila join Community ini " Kongsi Resepi"



Antara bahan2
Tumis bawang2 and cili sampai menggelegak and pecah minyak

Masukkan sardine and sedikit air
Makan pula dgn teloq

Resepi Puding Susu Jelly Mudah



http://mawarassufi.blogspot.my/2016/02/puding-susu-jelly-mudah-diy-recipe.html
 PUDING SUSU JELLY DAN MILO 

Puding Susu Jelly Mudah - DIY Recipe

BAHAN-BAHAN :
1 Plastik Agar-Agar Tali (Strip)
1,400ml Air
1 Tin Susu Cair
6 Sudu Besar Gula
1 Sudu Besar Milo / Nutella
Jelly Secukupnya

CARA-CARA :
1. Masukkan Air, Agar-Agar, Gula, Susu Cair ke dalam periuk. Kacau sebati dan pastikan Agar-Agar larut sepenuhnya dalam periuk.
2. Letakkan jelly di dalam acuan.
3. Asingkan separuh warna asal. Separuh lagi untuk dicampurkan dengan serbuk milo. Pastikan cairan masih di atas dapur panas supaya ia tidak mengeras.
4. Tuang adunan warna asal dalam acuan. Sejukkan.
5. Campurkan separuh adunan dengan serbuk milo. Kacau sebati. Tuang ke dalam acuan yang telah disejukkan tadi. Tambah jelly jika mahu. Sejukkan semula.
6. Hidangkan.


Sumber Kongsi Resepi : Mawarassufi

* Jika Anda Ingin Kongsi kan Resepi Di Blog Ini Sila join Community ini " Kongsi Resepi"

Kongsi Resepi Bersama Blog Uk

 Hi Blogger ,Anda Mempunyai Resepi yang Nak di Kongsikan Bersama Blog Ucing.? Jika Ada Sila Join Community ini "Kongsi Resepi" . Post Resepi Url Link Anda ke Kategori yang telah di Sediakan.Entri Resepi akan Saya Link Balik ke Blog Anda iaitu Sebagai Sumbar dari Blog Anda.

 Apabila Anda Post Resepi Url Link Tersebut Sila Buat "Kongsi Resepi" dalam Add Comment di Kongsi Resepi Google + Community Sebagai Tanda Persetujuan .Insa Allah Ramai Join Ramai lah Pengunjung ke Blog Anda.(>_<)

Resepi Roti Kaeges Ucing

  Hi Blogger ,Kali ini Saya nak Buat Resepi Roti Kaeges Ucing.Apa benda Kaeges ni .? hehehe. Kaeges adalah Nama Singkitan Kaya - Eggs - Cheese Atau dalam Bahasa Melayu Kaya-Telur-Keju kalau di beri Singkatan Kaluju,Eh..tak Cantik  lah biar unik Sikit sebutannya.mana lah tahu kaluju tu binatang ,benda ke apa ke..hehe

 Roti Kaeges Ucing ini adalah Nama Buatan Sendiri maklum lah Resepi Sendiri juga.Tak tau lah Ada yang pernah Buat pula.Sebenarnya Resepi ini Saya buat-buat sahaja ,Akan tetapi apa bila sudah di makan "wow" bagaikan Dunia ini bertambah Indah dengan Memakan Roti ini hehehe.

Dengan Tidak membuang Masa Blogger,Ini adalah Resipi Roti Kaeges Ucing:

1/2 cawan Minyak masak,
Roti Paun (bantal sepeti gambar di atas,
Telur,
Kaya ( kalau Boleh Kaya cap Kipas Udang)
Keju kisar dan Sedikit Garam.

  Cara Membuatnya : Mula mula pecahkan Telur,Masukan Garam sedikit (tanpa Garam pun Boleh) dan kacau (dadar),Sapukan Kaya ke Roti Paun dan lipat Dua.Lepas itu mandikan dengan Telur  yang di dadar tadi .Panaskan minyak dengan sederhana ,Masakan  Roti paun yang di mandikan dengan Telur tadi hingga ke kuningan.Apabila sudah kekuningan Bangkit ke piring dengan Tissue untuk Keringkan Minyak lepas tu taburkan Keju di Atas nya.Siap Roti Kaeges Ucing Boleh Di Makan yeaa..

 Cuba lah Resepi ini untuk  Makan di petang ini dengan indah suasana .Mana lah tau bila cuba nanti ada pula yang nak menjualnya.Ok lah Selamat Mencuba,Kalau ada yang mencuba Resepi Roti kaeges Ucing ini bolehlah Komen di sini .;) hehehe.