Youtube Live Subscribe Getting Higher,Subscribe Now.


Showing posts with label tips blogger. Show all posts
Showing posts with label tips blogger. Show all posts

Youtube Mencecah 6k Subscribers Dan Meningkat


  Hi Blogger & Readers.Lama Saya tidak buat Entri untuk Blog ini .Kini Saya telah kembali dari bercuti sempena cuti sekolah untuk meluangkan masa dengan keluarga.tak sedar Saya rupanya Youtube subscribe Ucing sudah mencecah 6 Ribu Subscribers dan meningkat.Alhamdulilah..wow..

  Impian Saya nak memcecah 10k subscribers insa allah mungkin impian itu tercapai kerana youtube Saya sudah pun melimpasi 5k jadi tak mustahil akan mencecah 10k.Apa saja impian yang kita nak harus di tanam dengan sifat kesabaran.kalau kita tergopoh gapah nanti impian itu tidak menjadi pula.(^_^).hehe..Sabar lah 10k subscribers.

  Ya Kepada Blogger yang belum Subscribe Youtube Ucing, boleh lah tekan Subscribe Button atas tu .mudah je semudah ABC dan tak sampai Seminit pun.Anda boleh lihat karya Animasi Saya dalam Youtube tersebut kerana kesemua Animasi Saya upload disana dan Free tengok pula tu (>.<).jangan lupa Share pada Rakan Media Social ya.

Anda boleh Subscribe di Atas atau di sini Subscribe Sekarang.

I Nak Follow Blog Ucing Lah Adalah Trafik


  Hi Blogger & Readers.Tips Blogger kali ini adalah Widget Follower.Widget Follower untuk blogspot yang dulunya bermasalah kini Saya kembalikan di  Blog Ucing.Sudah lama Saya tidak gunakan widget ini sejak ianya bermasalah.Saya gantikan tulisan ayat " Saya Nak Follow Blog Ucing lah" dengan link url follower blog ini.

  Nampak agak meriah lah Bolg ucing kali ini.Ayat "saya nak follow blog ucing lah " ini Saya tinggalkan sementara mana tahu follower widget itu mula bermasalah lagi.Jadi ianya adalah sebagai backup untuk follower widget itu.Followers Blog ucing ini tidak lah banyak sangat hanya 335 setakat ini jauh lagi nak sampai 1000.

 Apa yang menarik tentang widget follower ini ialah Gambar icon Blogger.Kepada yang follow Blog ini akan terpapar lah gambar icon blogger itu,Jadi kepada yang singgah Blog ini insa allah akan ter tekan lah gambar icon mereka ini dan ini juga akan menambahkan Trafik Blog mereka.

  Jadi kepada yang belum follow Blog ucing dan mana mana yang singgah di Blog ini antara Blogger mahupun Readers jangan lupa Tekan tombol Follow.Kepada yang sudah follow tu jangan tekan unfollow pula ya.(^_^) nanti bertambah kurang lah angka follower Blog Ucing.

* Tonton Stickman Mechanic Vs Evil Stickman.

Misteri Perubahan Template Blog Ucing


  Hi Blogger & Readers.Baru saja beberapa hari Saya membuat Entri mengenai icon Gambar Template menjadi kecil,Hari ini Saya lihat Template Blog ucing sudah pun kembali seperti Asalnya.Hi apa sudah jadi.? Perubahan template ini sudah pun menjadi Misteri,Siapa yang mengubah ni.? Saya tak tahu lah macam mana dia boleh berubah .Mungkin Saya buat Entri mengenai template ini yang berubah sendiri dan ingin Saya tukar template kepada template kosong buatan sendiri.

  Apa apa pun Saya suka template ini kerana ianya mengikut citarasa Saya.Perubah sedikit Saya lakukan di tepi atas bawah gambar itu.Anda perhatikan Gambar di atas "start" itu ia bagaikan Start menu seperti windows start menu kan.(^_^) .Jika Anda klik start itu ianya akan mengeluarkan List nama kategori seperti submit url blog,tips blogger dan lain lain lah.Nah cubalah jangan lah Anda malu malu kat situ (^_^) hehe..

* Hi ada Orang yang berani jawab soalan ini kah .? Anda Pilih Satu Sahaja.


Sudah Sudah lah kau Template


   Hi Blogger & Readers.banyak kali sudah Saya tukar tukar masalah ketidak puas hati Saya mengenai Blog ini.Sudahlah hari itu tukar warna ini pula nak kurangkan gadget pula.Dengan kesibukan ini lah projek Animasi Saya tergendela.Ya kalau perubahan seringkali di ubah ianya tidak anak berhenti di situ sahaja makna nya ianya akan berterusan.

 "Astaghfirullah hal adzim...sudah sudah lah tu..."

  Mengapa Saya mengubah template ini.? kerana kebelakangan ini Traffik blog ini meningkat ke 2k sehari dan satu pun tak ada yang masuk.Jadi Saya pun hairan bin ajaiblah.Sejak itu lah Saya rajin sangat nak ubah Template Blog ini akan tetapi sudah itu,Trafik blog pula yang menurun kembali seperti asalnya.Mmm kena prank ke.? (^_^)

* Imbas kembali Animasi Kegemilangan Saya,Saksikan The Best Epic Compilation Ms Paint Animations

Mengubah Color Menu Bar Melalui Html


   Hi Blogger & Readears.Selamat datang ke Blog Ucing dan kepada yang baru kenal mari lah follow Blog ini .Blog ucing kali ini mengubah color Menu bar yang sebelum ini berwarna biru muda menjadi warna hitam.jadi nampak Blog ucing kali ini agak Smart sikit.

  Ya dari tahun ke bulan banyak pengubahan dari segi warna tamplate dan layout gadget untuk memuaskan hati Saya ini.Tak tahu lah apa yang Anda nampak di blog ini dapat apa yang Anda mahukan.Nah sekarang warna Menu baru itu sudah berwarn hitam ianya boleh nampak kepada Blogger & Readers yang singgah kat Blog ini.

  Saya ubah warna template ini melalui Edit Html bukan dari Customize Blogger.Jadi agak susah sikit kerana ianya memerlukan teknik untuk mencari Color melalui code html.Jadi apa yang Saya lakukan adalah mencari color dengan "ctrl+f ",saya taip color sahaja lepas tu cari code yang ada hastag (#000000) seperti ini.Copy code ter sebut dan paste ke laman Color Picker Anda akan tahu apakah warna code tersebut.

  Kepada yang tahu mengunakan Html ini memang cepat dia buat lah.Tapi kalau yang seperti Saya ini agak lambat sikit akan tetapi asilnya agak memuaskan.(^_^).Sekarang ini blog ucing memuaskan hati Saya kalau tak puas kena buat lagi.Saya nak cuba betul kah atau tidak mengikut tutorial Blog yang Saya ikuti akan meningkat ........(apa tu).

  Insa Allah kalau semuanya ok.Oklah dia kalau tidak ok kena ubah lagi sampai dia ok.hehehe (^_^).Sekian.

* Berhibur melihat telatah Ucing di youtube.* Subscribe dan Share Video Ucing.

Cara Meningkatkan Blog Dengan Search keywords


  Hi Blogger & Readers.Kali ini Saya buat Tips Blogger mengenai Keywords.Setiap kali Saya masuk blogger pasti Saya akan cek Statistik terlebih dahulu.ini kerana Saya ingin mengetahui peningkatkan post blog dan dari mana Asal Trafik itu ke Blog Saya.

  Mengikut gambar di atas kebanyak keywords pada bulan ini adalah keywords Azam Baru di Blog Saya.Maklumlah Awal tahun baru masih mencari azam yang sesuai untuk mereka.Saya ada membuat Entri mengenai "Apa Azam Baru Tahun 2017 Anda" dan ianya menjadi post popular di Blog Uk.

  Keywords adalah penting untuk para Blogger  meningkatkan Trafik pengunjung melalui Organic search engine seperti Yahoo.com,google.com.msn.com dan bing.com.Mengikut kajian Saya lah (^_^) Tajuk atau Title post mestilah Menarik untuk perhatian kepada pembaca dan yang penting kena kasi Labels sebanyak mungkin mengikut tajuk tersebut.

  Mengikut gambar di atas lagi semua keywords itu adalah dari hasil pencari yang menaip di google.com jadi setiap yang mereka taip akan terpapar di Search keywords di bahagian Traffic sources blogger.Post "Apa Azam Baru Tahun 2017 Anda" yang terdahulu Saya kasi labels "mengenai azam" jadi bot google akan mencari keywords yang sesuai untuk menjadikan Blog Saya tepat melalui keywords tersebut.

Pencari yang menaip keyword "Azam baru " adalah :

azam tahun baru 2017
apa kah azam anda di tahun 2017   
ayat azam baru 2017   
azam 2017 bersama bakal isteri   (^_^)
azam 2017 murid istimewa   
azam baru 2017
azam saya untuk tahun 2017
azam sya memasuki thn baru 2017

Nah kepada yang membuat keyword ini sebagai Tajuk boleh lah buat satu persatu kalau rajin hehehe (^_^) semoga Tips blogger kali ini menambahkan ilmu untuk blogger.yeaa..Selamat tahun baru 2017 Cina pula.

Please Share This * Tonton Stickman Mechanic Vs Evil Stickman.

Youtube Subscribe Ucing Cecah 5K Dan Meningkat

Youtube Subscribe Ucing Cecah 5K Dan Meningkat

  Hi Blogger & Readers.Wooww...Tak sedar Saya rupanya Youtube Subscribe Ucing dah cecah 5k dan meningkat.Alhamdulilah tercapai juga sampai 5k Subscribe.Hi tahun baru ini tak banyak Saya buat untuk meneruskan projek Saya ini.kebiasaan tahun yang lepas lepas agak berkobar kobar untuk menghasilkan Animasi ini.

  Mmm tak tahu lah mungkin awal tahun nak bersenang senang dulu tunggu idea dan semangat Saya datang lagi.Ya Animasi projek itu masih Saya buat akan tetapi sedikit sahaja yang Saya buat kerana kesibukan dan keletihan punca idea Saya tengelam.Sejak kebelakangan ini Saya kurang buat Entri untuk Blog ini kerana ingin menumpukan dan mencari Background Musik yang sesuai untuk Ucing kadayan the movie.

  Sambil mencari Musik background saya singgah ke blogger lain yang ada update Entri mereka.Melihat Blogger lain pun seronok juga kerana saya ingin tahu perkembangan mereka melalui Blog.Nah itu sahaja yang saya lakukan setakat ini (^_^).hehe..

  Kepada Blogger yang belum Subscribe Youtube Ucing, boleh lah tekan Subscribe Button atas tu .mudah je semudah ABC dan tak sampai Seminit pun.Anda boleh lihat karya Animasi Saya dalam Youtube tersebut kerana kesemua Animasi Saya upload disana dan Free tengok pula tu (>.<).jangan lupa Share pada Rakan Media Social ya.

* Imbas kembali Animasi Kegemilangan Saya,Saksikan The Best Epic Compilation Ms Paint Animations

Youtube Subscribe Cecah 4k Dan Meningkat


  Hi Blogger & Readers.Tak sedar Saya rupanya Youtube Subscribe Ucing dah cecah 4k dan meningkat.Alhamdulilah tercapai juga sampai 4k Subscribe.Walaupun video Animasi jarang sekali Saya upload di Youtube ini kerana bukan senang nak menghasilkan  satu Animasi walaupun ianya Animasi pendek.

  Mengikut kajian Saya jumlah penonton terbanyak adalah dari Animasi Guruku Tersayang Cover Animasi yang mencecah 1+ juta penonton.kebanyakan Subscriber adalah dari Indonesia dan Malaysia.Tidak mendukacitakan Saya membuat Animasi tersebut walaupun pada mulanya ada komen yang negative kerana Animasi Saya tidak cantik,sekarang penonton dah sampai 1+ juta,kan dah cantik.(^_^).

  Ya setiap Animasi Saya kan buat kelainan untuk tatapan citarasa sekarang.Animasi Terbaru akan Saya upload di Youtube akan tetapi masih dalam proses Editing.Apabila siap nanti,Saya akan buat Entri mengenainya dan Anda boleh lah tengok secara percuma nanti.hehehe.

  Kepada Blogger yang belum Subscribe youtube Ucing, boleh lah tekan Subscribe Button atas tu .mudah je semudah ABC dan tak sampai Seminit pun.Anda boleh lihat karya Animasi Saya dalam Youtube tersebut kerana kesemua Animasi Saya upload disana dan Free tengok pula tu (>.<).jangan lupa Share pada Rakan Media Social ya.

Nantikan Animasi Terbaru * Subscribe Channel Ucing Sekarang.

Pageview Youtube Uk Cecah 40,000 k Perhari



Pageview Youtube Uk Cecah 40,000 k Perhari

  Alhamdulilah..Wow...!!! Yeaahhh..!! That What i'm Talking About...!!! Congrate,Tahniah Pada Youtube Ucing..Pertama kalinya pageview youtube Ucing mencecah 40,000 + perhari.Sebelum ini Saya ada membuat Entri mengenai Pageview Youtube Uk Cecah 10,000 Perhari.

  Masa itu memang Saya ragu ragu boleh kah sampai 40k perhari.? Kalau sampai 40k perhari Saya akan buat Entri mengenainya , Tapi Tak di sangka apa yang Saya nak Target 40k pageview perhari itu menjadi kenyataan..Wow..! rasa nak melompat pun ada,muka pun ada senyum.hehe (^_^).

  Youtube Ucing sekarang bertambah Subscribe hingga mencecah 4 k Subscribe.Anda boleh lihat Youtube Ucing kat atas tu.Terima kasih kepada yang Subscribe Youtube Saya dan mengkongsikan Animasi Saya ke laman social media.Kalau Anda mempunyai Youtube Akaun akan tetapi belum ada Video di dalamnya,Anda bolehlah add to playlist Video Saya ya supaya ianya tidak kosong.

  Kepada Blogger yang baru kenal Blog ini Sila ikuti Blog ini melalui Follower,Youtube,Facebook,Google +,Twitter dan Blogger Ku.Subscribe Youtube Ucing melalui Subscribe button kat atas tu .Insa Allah Animasi terbaru akan Saya Upload ke Youtube,Tapi pembikinan masih dalam proses.

  Ok Saya nak Taip sekali lagi seperti yang Saya buat di Entri yang terdahulu..Mmm..ok..Sekarang Saya nak Target 100,000 Pageview Perhari boleh kah.? (>.<) Biar betul...Insa Allah kalau ada usaha pasti akan tercapai.Saya akan Nantikan Entri Pageview Youtube Uk Cecah 100,000 Perhari.!

*Saksikan,Subscribe dan Share video Animasi Ucing Kat Youtube ke media Social Anda.

Animasi Pertama Mencecah Sejuta view


  Alhamdulilah.W0w...! Hi Blogger & Readers.Ini adalah pertama kali nya Animasi Saya menjangkau 1 juta view di youtube.Guruku Tersayang Video Cover Animasi mencecah 1 juta view dan meningkat dari hari ke hari.Dah nak hampir 1 tahun juga ianya sampai 1 juta.

  Animasi ini Saya upload pada 4 dec 2015 ianya Saya buat untuk Sambutan Hari Guru dan mendapat sambutan dari Guru guru dan Murid murid sekolah.Tajuk sebenar lagu ini adalah Terima kasih Guruku.penyanyi nya adalah Afi junior (akademi fantasi indonesia).pencipta lagu ini adalah Melly Goeslow,Syifa P.

  Animasi Guruku Tersayang ini menceritakan kejutan dari Anak Murid kepada Guru yang mengajar mereka Sempena Hari Guru.Guru itu menerima sekeping kertas Misteri setelah tamat waktu sekolah.Guru itu membaca kertas itu sambil memerhatikan kelas yang kosong.

  Tertanya tanya Guru itu siapa kah yang memberi kertas itu.? Di sebalik pintu ada Anak Murid memerhatikan Guru tersebut lantas memberikan  Hadiah ,Alangkah terkejutnya Guru itu kerana kesemua Anak Muridnya belum balik lagi.berlari lah Anak Murid itu kepada Guru mereka untuk memeriahkan Sambutan Hari Guru pada hari itu.

  Mungkin Anda Tertanya tanya apa kah yang di baca oleh Guru itu setelah menerima sekeping Kertas Misteri ?.Sekeping kertas Misteri itu mengandungi Ayat " Guruku Tersayang Guruku Tercinta Tanpa Mu Apa Jadinya Aku" (^_^).

  Terima kasih kepada yang menonton Guruku Tersayang Video Cover Animasi dan kepada yang belum menonton di persilakan tonton,Subscribe Channel Saya ,Mungkin hari ini adalah Hari Guru di negara Anda .kongsi lah video ini untuk Guru yang pernah mengajar Anda ya..Terima kasih Cikgu.



Youtube Subscribe Cecah 3k Dan Meningkat


  Hi Blogger.Sedar tak sedar rupanya Youtube Subscribe dah cecah 3k dan akan meningkat .Alhamdulilah Wow..! Walaupun hari itu Saya buat Animasi Subscribe My Youtube Channel tiada sambutan akan tetapi subscribe button tu meningkat juga.(^_^)

  Ya agak susah juga Strategi membuat Animasi subscribe youtube itu.mungkin kerana latar belakang musik tak serasi di bandingkan Animasi yang Saya upload ke facebook dapat view banyak pula.Tak kisah lah view itu yang penting Usaha itu tetap ada.di mana ada kemahuan di situ ada ideanya.

  Insa Allah Strategi seterusnya lain pula.nanti Saya akan buat Strategi untuk tumpuan kanak kanak,bukan permainan akan tetapi Animasi yang simple dan kanak kanak pun boleh buat Animasi tersebut.Harap harap Strategi ini akan berhasil dan mendapat sambutan dari penonton kanak kanak pula.

  Kepada Blogger yang belum Subscribe youtube Ucing, boleh lah tekan Subscribe Button atas tu .mudah je semudah ABC dan tak sampai Seminit.Anda boleh lihat karya Animasi Saya dalam Youtube tersebut kerana kesemua Animasi Saya upload disana dan Free tengok pula tu (>.<).

* Subscribe Channel Ucing Sekarang.

Bagaimana Nak Cashout Duit Adsense


 Bagaimana Nak Cashout Duit Adsense

  Hi Blogger.Sebelum Anda membuat Sangkaan melalui gambar di atas.terlebih dahulu Saya memberi tahu bahawa Saya bukan lah Guru Adsense.sebelum ini Saya telah membuat Entry mengenai Cari Duit Internet Dengan Blog.

  Hari ini Saya nak membuat satu Entry Bagaimana Nak Cashout Duit Adsense.? Insa Allah boleh membantu Blogger yang memerlukanya .jika Anda mempunyai iklan Adsense di Blog Anda semestinya Anda mempunyai akaun Adsense kan.Masuk akaun Adsense Anda jika Finalized Earnings Anda genap $100 Anda boleh cashout duit itu melalui dua cara iaitu melalui check mahupun wire transfer bank.

  Bagaimana nak cashout duit adsense.? Pertama kali Anda klik View Payments.lepas itu klik Payee Profile isikan senarai peribadi Anda seperti Alamat,telefon,email dan nama Anda mengikut nama akaun bank Anda.Setelah selesai pergi ke Payment setting di sana ada Payment Schedule dan Payment Method.Payment Schedule boleh di ubah ke sebulan (monthly) mengikut pendapat Adsense Anda apabila genap $100 kerana minimum duit Adsense boleh di keluarkan  apabila genap $100.Anda boleh hold Payment Schedule mengikut kemahuan Anda sendiri.

  Payment Method adalah pemilihan cara mengeluarkan duit Adsense antara melalui Check atau Wire transfer to bank.Saya memilih Wire transfer bank kerana lebih cepat dari Check.Isikan Payment method Anda dengan betul.jika Anda memilih Wire transfer bank pastikan No kad Anda betul dan Swift Code  itu Anda boleh cari di Website Ini mengikut di Negara mana Anda berada.

  Payment Adsense akan di buat pada 21 setiap bulan dan duit Adsense Anda akan di Clearkan dalam masa seminggu tertakluk kepada Bank Anda.jika Anda nak tanya bila duit itu Clear telefon je Bank Anda itu.

* Saksikan Subscribe My Youtube Channel Now dan Subscribe Channel Ucing Kadayan sekali.(^_^) Mudah.

Submit Url Blog Terbesar

http://buat-link.blogspot.com/

  Hi Blogger.Saya ada membuat Mister Linky untuk  Anda Submit Url Blog.Selain itu Saya ada membuat community Blogger Ku .Blogger Ku Komuniti ini adalah komuniti untuk para blogger yang ingin mengikuti perkembangan blog setiap hari. +1 untuk Blog Post Anda. Blogger Ku community is a community for bloggers who want to keep up to date with daily their blog.+1 For Your Blog Posts.

  Kepada yang nak join Blogger ku community jangan lupa Follow Blog Ucing dan kepada blogger nak Submit Blog url silakan Submit je.Setakat ini ada 30 Blog url  tersenarai dalam Blog tersebut.kalau boleh biar ianya  menjadi Senarai Blog Terbesar.Tinggalkan saja Blog url Anda nanti Saya blogwalking untuk meningkatkan trafik blog Anda.(>.<) dan Anda pun boleh Chat sama Ucing juga.(^.^). 

Submit Url Blog Sekarang.

* Saksikan Animasi Sudah ku Tahu Versi Ucing dan Share ke media Social Anda.Subscribe button youtube channel Ucing.

Mmm Ya Ke Betul Kah Betul Lah

 

  Hi Blogger.Tak banyak yang Saya buat pada minggu ini.Saya asyik Blogwalking dan membaca Blogger yang Saya Follow.Mungkin ada Blogger tercari cari mana Button Blog Ucing nak follow ni.? Ya memang Button Follower Saya tak simpan kerana kerap kali ada masalah jadi Saya buat Link saja lah.

  Anda nampak di atas gambar tu.di sana ada ayat "Saya nak follow Blog ucing lah".sebelum ini Saya buat "Saya nak follow Blog Ucing" je.Lama Saya simpan kat sana dua ke tiga minggu satu Blogger pun tak Follow.Tetapi apabila Saya tambah "Lah " kat hujung ayat Ucing tu.baru nampak jumlah Follower meningkat...Mm..ye ke.? betul ke..? betul lah.

  Kalau begitu.Follow lah Blog Ucing Lah.Subscribe Youtube Ucing Lah ,Follow Google Plus Ucing lah.dan share video kat bawah ini ke Media Social Awak lah...(^_^)..jangan Marah lah..hehehe..

* Saksikan Animasi Sudah ku Tahu Versi Ucing dan Share ke media Social Anda.Subscribe button youtube channel Ucing.

Strategi Cara Meningkatkan Youtube Subscribe


  Hi Blogger.Semenjak dua minggu ini Saya asyik termenung melihat Youtube Subscribe channel  Saya.Ini yang membuatkan Saya terhenti seketika untuk meneruskan projek Saya.Memang tidak di nafikan setiap hari ada 3 ke 4 orang Subscribe saja tapi yang paling tinggi hanya 10 Subscribe dalam sehari.Menengok channel orang barat baru je 1 bulan Subscribe dia dapat berpuloh ribu ini kan Saya bertahun tahun pun susah nak sampai sebegitu.

  Saya ada melihat video mereka cara untuk meningkatkan subscribe amat unik.banyak Strategi mereka lakukan dalam video untuk meningkatkan Subscribers,ada satu video subscribe ini hanya meghancurkan telor boleh sampai 1 juta Subscribers.wow..tertanya tanya juga Saya di buatnya.jadi Saya terfikir nak buat sesuatu lah.

  Strategi Saya adalah membuat satu video Subscriber untuk meningkatkan Subscribe youtube channel Saya.Gambar di atas itu adalah Saya sebagai "koboi".video itu adalah video pendek dan Saya selitkan nama untuk mereka join Subscribe channel saya nanti.Harap harap Strategi Saya itu menjadi.Insa Allah.Kepada yang baca Artikel ini jangan lah malu malu untuk Subscribe Youtube channel Saya (>.<)

* Saksikan Animasi Sudah ku Tahu Versi Ucing dan Share ke media Social Anda.Subscribe button youtube channel Ucing.



Nak 1 Million Youtube Subscribers

https://www.youtube.com/user/lilyrayme

  Hi Blogger.Kali ini Saya nak mempersembahkan ucing kadayan  Youtube Subscribe Button.Rujuk gambar di atas Saya ada menyimpan Youtube Subscribe button di tengah tengah post entry yang berayat warna biru itu.ya kalau buka blog ucing di opis Saya ini,gambar youtube Subscribe button itu memang tidak ada kerana di Block oleh Server opis ini.jadi Saya terpaksa membuat gambar sendiri lah untuk Anda faham.

  Kepada Blogger yang singgah kat Blog Ucing ini jangan lah malu malu untuk tekan Youtube Subscribe Button tu kerana Animasi yang Saya buat adalah percuma untuk tontonan Dunia.Di tepi Youtube subscribe button tu Saya padam numbur dia hanya Saya tinggalkan "K" saja mana lah tahu nanti sampai "1 Million" Subscribers.Wow..!!.Hai..angan angan sahaja lah  ni..hehehe..

  Seperti yang Saya tahu sesiapa yang lebih "1 Million Subscribers " Youtube akan menghadiahkan "Youtube Gold Button" yang bersaiz 24 karat Gold.tapi bukan itu saja ada hadiah lain lagi seperti Diamond button dan Silver button.Tapi buat masa ni Saya nak berpuluh ribu Subscribers lah jauh lagi nak 1 Million tu.Tapi kalau Blogger nak reshare post entry ni mungkin sampai kot.Nak juga 1 Million Youtube Subscribers kan.(>_<)

* Saksikan Animasi Sudah ku Tahu Versi Ucing dan Share ke media Social Anda.

Cari Duit Internet Dengan Blog



  Hi Blogger.Kali ini Saya nak buat Tips Blogger mengenai bagaimana nak cari duit internet dengan blog tanpa modal.Orang dulu berkata "mustahil kita nak cari duit di internet " akan tetapi sekarang tiada yang mustahil.semua orang boleh cari duit melalui laman social seperti Facebook.Anda boleh rujuk gambar di atas itu adalah bukti saya menjana duit dari internet.sekarang sesiapa yang berkata mustahil itu lah orang yang ketinggalan zaman.

  Zaman sekarang zaman cyber jadi orang sekarang dah tau menggunakan teknologi komputer mahupun telefon bimbit untuk tidak ketinggalan mengambil kesempatan mencari rezeki.Bermacam-macam cara bagaimana nak cari duit .kata orang duit tu senang di cari dan ianya ada di mana- mana yang penting kita kena rajin untuk berusaha mendapatkan nya.Kalau kita tak ada duit modal pun boleh jadi duit juga,

 Modal maksud saya ialah barang ,buah-buah,binatang ternakan,makanan,minuman  yang boleh di jual untuk dapatkan duit.Zaman sekarang bertambah maju kerana teknologi terkini boleh membantu berniaga secara online dari rumah ,dengan adanya komputer dan internet semua orang boleh berniaga dengan barangan tersendiri melalui laman Social dan Blog.

 Sebelum mencari duit dari internet,pastikan anda mempunyai blog sendiri jika tidak mempunyai blog anda boleh lah rujuk di sini Bagaimana membuat blog dengan cepat.Anda akan di beri penjelasan melalui gambar.
Sebaik saja membuat blog yang sederhana pastikan anda selalu update blog anda.

 Selain Blogger juga ada Blog lain seperti wordpress ,weblogs,hubpages dan lain lain ini pun boleh juga.Bagi saya Blogger adalah yang senang untuk permulaan membuat Blog.kalau dengan wordpress tu memang hebat akan tetapi bagi orang yang pandai mengunakan nya saja.

Register Adsense 

  Banyak Blogger menjana duit dari internet melalui iklan seperti google adsense kerana ianya tidak memerlukan modal hanya letak iklan di blog anda seperti blog saya juga.Untuk mendapatkan iklan adsense Anda perlu register dan sign in dengan akaun google Anda.Masukkan url Blog anda dan ikuti syarat-syarat nya untuk mendapatkannya.kalau dah approve oleh adsense Anda boleh lah letak kan iklan adsense di blog anda.

 Selain iklan adsense .bermacam macam lagi iklan lain yang boleh kita menjana dari internet seperti nuffnang atau iklan persendirian.mengikut kemahuan anda lah.mungkin anda ingin buat bisnis sendiri pun blog pasang di Blog anda.Selain Blog anda boleh menjana melalui media social Facebook.ya kebanyakkan di media social lah yang paling banyak produk mereka untuk di jual.tapi kali ini saya buat tips blogger bagaimana cara cari duit internet dengan Blog hehe.

 Adakah Adsense melayu.? Ya memang ada.Adsense akan muncul apabila artikel anda ada bersangkut paut dengan iklan adsense.Kebanyakkan iklan adsense adalah bahasa English.Di sini saya mengunakan bahasa melayu mengikut nama blogspot dan tajuknya.Nah kalau seperti saya membuat entry berbahsa enggris pembaca pun boleh ketawa,mana tidak nya pelajaran bahasa enggris pun tak pas hehe.Sekarang alhamdulillah Adsense melayu sudah pun ada.

  Dulu Blog pertama saya  nama blogspotnya bahasa melayu akan tetapi artikle nya adalah bahasa English.Pengunjung nya kebanyakkan adalah orang barat,jadi mudah lah iklan adsense muncul di sana.Ini saya mengunakan bahasa melayu Tanpa mengubah code dan menambah langguage En.Adsense tidak suka kita menambahnya mengikut diorang punya policy.Sekarang iklan adsense pun ada dalam bahasa melayu jadi senanglah kepada blogger melayu seperti saya ini membuat blog.

 Mengikut pengiklanan adsense.Iklan adsense akan timbul tinggelam kerana bot Seo akan mencari yang sama dengan kata kunci (keyword) dalam bahasa english.Apa apa pun Saya  nak cuba.Kalau tak pun misi kedua saya ialah mengubahnya dalam bahasa English insa Allah.(ini cerita dulu).

Rahsia Adsense

  Adakah menjana duit dengan Adsense ber Rahsia.? Bagi saya tiada Rahsia menjana duit dengan Adsense.Saya pernah membaca terbongkarnya Rahsia Adsense.Kandungan isi nya adalah sama yang pernah saya baca melalui orang yang tidak ber rahsia di blog orang lain.

 Orang yang tahu mungkin akan membuat ianya Rahsia .Orang itu akan membuat artikel dan menyimpannya dalam pdf di jadi kan Ebook untuk di jual dengan harga tersendiri.Kalau dah di jadikan Rahsia memang lah manusia ingin tahu ,jadi dengan ada internet yang mudah.penjual akan menjual di internet dengan strategi mereka.Kalau di beli orang yang ampunya Ebook dapat lumayan pula.Manusia memang pintar.

 Setiap iklan adsense ada nilai harga tersendiri,jika pengunjung datang ke blog anda dan berminat dengan iklan tersebut dia akan klik dan nilai tersebut akan di masukkan ke akaun adsense Anda.Anda tidak akan menjana duit jika blog anda sunyi tanpa pengunjung.Apa yang penting bagi saya ialah pengunjung.Tanpa pengunjung secantik mana pun blog tu sia sia sahaja.Apa tidak nya blog belum dapat di kesan oleh pencarian google mahu pun yahoo.

 Mengikut syarat adsense policy mengenai iklan adsense Anda perlu hati hati dengan Direct Link Blog Anda kerana Adsense tidak akan suka link direct bah kan di khuatiri akan membawa ke pada fraud click.Fraud click lah berpunca akaun adsense kita di banned.Apa yang lebih utama ialah post yang saya tulis tersenarai dalam Seo.

Cara meningkatkan traffic blog

  Sebelum ini saya ada membuat entry mengenai bagaimana cara meningkatkan trafik blog dengan cepat.Anda boleh lah rujuk entry tersebut untuk lebih jelas lagi.Bagi setiap blogger meningkat trafik blog adalah penting supaya apa yang kita buat dapat di ketahui dan di baca ke seluruh dunia.

  Strategi permulaan  saya untuk mendapat pengunjung ialah  dengan menggunakan Google Follower dan CBOX.Ini adalah mudah,Ramai para blogger tahu kedua dua benda ini ada fungsinya.Cbox adalah tempat orang berkomunikasi dengan meninggalkan nama dan link blog anda.Setiap pengunjung ingin tahu siapa yang meninggalkan pesanan ringkas itu dengan link yang anda simpan ianya automatik ke blog yang ingin kita ketahui.

Google Follower juga penting.Apa bila seseorang itu follow blog dia,Setiap blog di permulaan akaun akan tertapar seperti berita setiap kali blogger mempostnya.Sesiapa yang ingin tahu mungkin akan ke sana.

  Strategi saya yang seterusnya ialah dengan SEO.Apa itu SEO.? SEO ialah Search Engine Optimizition.Kalau dalam bahasa melayu ialah Pengoptimuman Enjin Carian.

 Anda faham tak.Enjin carian.? Enjin carian seperti Bing ,yahoo,Msn,Google dan lain-lain.Pengoptimuman.? Kemungkinan yang pasti di cari, itu bagi saya.Setiap Seo ada bots,Bots inilah yang mencari mana mana tata kunci untuk jawabannya.

 Kalau dulu saya pernah menyimpan tata kunci seperti cari duit internet dalam html.Sekarang tidak di benar kan kerana perubahan blogspot mampu mencari nya.Ini kerana blogspot adalah gabungan hak milik dengan google.tapi tidak dengan yahoo,msn,bing.

 Seo ini penting kerana jika anda turut serta.setiap tata kunci yang anda buat akan beratur di Seo .Bagaimana turut serta.? Dengan Add url di setiap SEO seperti Yahoo,Bing,Msn dan lain-lain ini akan meningkatkan pengunjung blog anda.

 Jika kita perhatikan Akaun blog anda.Blogger mempunyai perkakas (tools) tersendiri.Di sini blogger memberi kemudahan untuk anda bagai mana menaikkan traffic (pengunjung) blog anda .

 Seo akan mencari kata kunci,di mana para pengguna internet akan mencari apa jua yang di hajatinya.Kalau seseorang itu membuat blog mengenai cari duit,dia mestilah mempunyai tajuk dan isi kandung mengenai cari duit,keana itu lah yang di cari oleh Seo.Apa apa pun saya berterima kasih kepada Cbox kerana Cbox lah yang memulakan traffic.

 Submit url Blog Anda ke mana mana Seo seperti yahoo (bing.com),google ,Msn dan lain lain.Ya Langkah yang bagus adalah submit blog anda ke Seo ,Anda boleh google mana-mana yang boleh memasukan url blog anda dan penting setiap blog yang anda update harusnya di Ping.

  Apa itu Ping.? .Perkara yang penting untuk Blogger apabila selesai sahaja membuat Entri mestilah Ping Blog anda ke laman website lain yang di masukkan dengan percuma.Ini kerana memberitahu bahawa Blog anda ada Entri baru sudah pun update

 Apabila anda Ping Blog  ianya boleh meningkatkan lagi pengunjung ke Blog anda selain dari social media.Di mana-mana Anda meping ,Robot bot akan cari Blog anda melalui Search Engine Optimization (SEO).Anda Boleh rujuk Senarai yang saya pilih di Ping A Blog.

Bermain Dengan Link 

 Strategi Link.Jika anda tidak ada peminat untuk membaca blog anda,kalau boleh janganlah diorang ini apabila sudah singgah di blog anda nak keluar begitu saja .hehehe .Saya punya tips mungkin berguna.Bermain lah dengan Link di artikel anda.

 Blogger telah pun menyedia Tool yang di perlukan untuk mempost artikel sebelum di publish.Bagaimana caranya.Anda buat suatu ayat yang boleh membesarkan mata diorang Contoh :

 "Baru tadi saya dapat duit dari internet Sejuta.!

 Cuba Anda Klik Sejuta ianya akan berbalik semula ke entry ini.Bagaimana saya membuatnya ikuti di bawah ini.

  Dengan mengunakan Tool blogger (dalam Edit post) ayat  Sejuta itu anda Highlight dan tekan link.Apabila Anda tekan link,box Edit link akan muncul.copy web address Strategi Link dan paste ke box web address tadi.ok.Maksudnya ini akan menambah traffic dan pembaca ingin tahu dengan lebih lanjut lagi.Harap pembaca tidak bosan yea.

 Tinggalkan Backlink

 Apa itu backlinks.? Backlinks aku pun tak tahu sebenarnya hehehe.Tapi dulu aku pernah buat kajian Backlinks.Back itu Belakang.Links itu Address Link Anda.Ini mungkin bermaksud Jika anda komen di sebuah Blog,Anda akan meninggalkan jejak dengan Link anda.

 Jejak Address link Anda yang di tutup dengan ayat Anda untuk membawa pengunjung ke blog anda,seperti ayat sejuta di atas berwarna biru itu.Membuat backlink memang mudah ,Jika anda komen di mana mana Blog pastikan Blog itu ada menyediakan Comments As Name/Url  atau mana-mana pun.

  Dengan cara mengomen,Pagerank anda akan naik.Ianya Umpama kita memberi makan ikan yang kelaparan.Apa yang menariknya Blogger menyediakan punat M-B-T-F dan g+1(social media button) dan ini juga merupakan backlinks.Kalau lebih mendalam Backlinks merupakan sebuah artikel menarik yang pembaca itu membuat lagi artikel dan menuju ke blog dia dan Seo lah yang senang mencarinya.

  Sekian.Harap entry Tips Blogger kali ini boleh membantu anda mencari duit di internet.Sila Follow Blog ini dan Subscribe Youtube saya kerana saya bukan saja membuat tips blogger akan tetapi membuat Animasi 2d flash secara percuma untuk tontonan kepada semua.(^_^)

Cara Meningkatkan Trafik Blog Dengan Cepat


  Hi Blogger kali ini Saya nak buat Tips Blogger pula.Tips blogger kali ini Saya mempersembahkan addThis.Apa itu addThis..? macam bunyi ades je.addThis adalah Share button untuk Blog yang mempunyai banyak laman Social media seperti FB dan Banyak lagi lah.

  AddThis menyediakan Code untuk di simpan ke Blog Anda melalui html code Blog Anda.Sebelum Anda mendapatkan Code tersebut ,Anda perlulah Sign ini dulu melalui Social media Anda juga,seperti sign in dengan Fb mahu pun G+ mudah kan.lepas itu baru lah copy code yang di sediakan.

  Pasti kan Anda copy code tersebut adalah Free tool.kalau nak berbayar tak apa mngkin Anda kaya .Setelah Anda copy code tersebut .pergi ke html Blog Anda, Paste sebelum penutup (</body>) Save html Blog dan preview Blog Anda.addThis tool akan terpapar seperti gambar di atas.


  Sekarang Test addThis Tool tersebut kemana-mana Anda nak share.kalau Anda tak mempunyai laman Social,Anda ada banyak pilihan iaitu melalui klik load more seperti gambar di atas.cuba cek.


  Setelah Anda klik Load More .Anda akan di bawah ke laman seperti gambar di atas.Wow..! Banyaknya Social Media .Boleh lah Anda Pilih.AddThis juga menyediakan Analytics untuk anda view dari mana Blog Anda di kongsikan.Sekian sahaja Tips Blogger kali ini.Selamat Mencuba Blogger.Jangan lupa Share Entry ini dengan addThis Anda.(>.<).

Mungkin Anda Ingin Baca Tips Dengan Community Google Plus.

 Cara Meningkatkan Traffic Blog dengan Blogger ku Community.Blogger ku Community adalah Community dari Google Plus.Blogger ku Saya tubuhkan untuk para Blogger yang ingin mengikuti perkembangan Blogger Setiap Hari.
  Jika Anda mempunyai Blog yang Sepi tanpa Pengunjung ,Nah di sini lah tempatnya.Ikuti Blogger ku community ,Share link Blog Post Anda di sini  .Selain Anda share Blog Anda ke tempat Menu Tajuk yang disediakan ada beberapa Tool yang boleh di gunakan seperti Text,muat naik Photo dan Videos ,Event dan Poll tak kurangnya seperti Facebook juga.

  Jangan Lupa klik Button +1 apabila anda Share Link Post Anda.Ini adalah untuk meningkatkan Pagerank Blog Anda selain dapat di Index oleh Google.Lebih menarik lagi ada Button Share untuk Reshare ke Community yang lain.Sebelum ini Member Blogger ku hanya dua orang sahaja.akan tetapi sudah pun meningkat ke 100 + Orang Alhamdulilah.

 Mari join Blogger Ku Community.Ramai Join Banyak lah Pengunjung ke Blog Anda.


Mungkin Anda Ingin Baca Trafik Blog Dan Seo


  Blog ini pengunjung nya tak lah hebat sangat akan tetapi blog ini telah membantu channel Youtube Saya yang pengunjung nya purata 250 + sehari kadang- kadang ke 300 sehari.kira ok lah tu.

 Berbalik pada tajuk di atas Traffic blog SEO.Apa tu.? Traffic bagi internet ada pengunjung pada laman website dan SEO ada Search Engine Optimization ini adalah seperti Yahoo,google ,msn,bing dan sebagainya.Traffic adalah penting bagi setiap laman website untuk melangkah ke page utama SEO.

 Langkah yang bagus adalah submit blog anda ke Seo ,anda boleh google mana-mana yang boleh memasukan url blog anda dan penting setiap blog yang anda update harusnya di Ping.Seperti gambar di atas ucing kadayan umpama Blog dan Bus itu umpaman SEO ianya boleh membawa Blog anda pergi kemana-mana supaya Blog anda di ketahui dalam internet.

  
Mungkin Anda Ingin Baca Ping A Blog Uk

  Hi Blogger kali ini Saya buat Tips Blogger iaitu Ping a Blog .Perkara yang penting untuk Blogger apabila selesai sahaja membuat Entri mestilah Ping Blog anda ke laman website lain yang di masukkan dengan percuma.Ini kerana memberitahu bahawa Blog anda ada Entri baru (update).

 Apabila anda Ping Blog  ianya boleh meningkatkan lagi pengunjung ke Blog anda selain dari social media.Di mana-mana anda meping ,Robot bot akan cari Blog anda melalui Search Engine Optimization (SEO).Dengan tidak buang masa lagi Saya akan Senaraikan 10 Laman Terbaik Pilihan Ping A Blog Uk.

1)   Pingomatic
2)   Pingler
3)   Twingly
4)   Mypagerank
5)   Pingin
6)   Blogsearch
7)   Icerocket
8)   Blogbuzzer
9)   Pingoat
10) Weblogs
Mungkin Anda Ingin Baca Anyone Can Comments

   Hi Blogger kali ini Saya nak buat Tips Blogger iaitu Post dan komen yang boleh Link ke Blog Anda.Saya ubah Setting dalam Post dan komen untuk tinggalkan Url Blog Anda.kepada Sesiapa nak komen boleh lah buat nama dan Url Blog Anda seperti gambar di atas.Sebelum ini komen hanya kepada yang ada user id seperti google,dan sekarang semua ada hingga ke Anonymous pun boleh komen.

  Bagaimana Saya buatnya,ok anda pergi ke Dashboard Blogger + Setting ,Anda cari Posts and Comments,lepas tu tick Anyone (includes Anonymous Users) dalam who can Comments.? Lepas tu Save Setting Anda .Siap.Mudahan Tips Blogger ini bermanfaat untuk tingkatkan Traffik Blog Anda.Anda boleh Cuba di sini Insa Allah Saya akan tengok Blog Anda dengan Komen yang Baik..;)

 Mungkin Anda Ingin Baca Post Melalui Email

   Hi Blogger..Hari ini Saya Update Blog mengenai Feedburner.Feedburner atau Feed boleh jadi Rss dan Atom adalah penghantaran Blog yang telah di Update Post terbaru melalui Email.Bukan Itu sahaja akan tetapi kesemua Blog yang belum di baca akan terpapar melalui Feed Rss atau Atom..

 Jika Anda ingin tahu Post yang Saya buat nanti boleh lah masukan Email anda dan subscribe,Buka Email Anda dan konform kan.Mana lah tahu Anda tidak dapat cari Blog ini dan tidak mengetahui apa yang Saya buat.jadi jangan ketinggalan mengikutinya,kerana Mungkin tidak semana mana Saya buat Segmen Animasi nanti anda juga yang ketinggalan yee..;)

Anda Pun Boleh Bookmarks
Feed Blog Ucing Kadayan

  Mungkin Anda Ingin Baca Submit Blog Ke Blogger Ku

  Hi Blogger ,Hari ini Saya nak kasi tahu Blogger Ku Community (komuniti) adalah komuniti untuk para Blogger yang ingin mengikuti perkembangan Blog Setiap hari.Kepada sesiapa yang Ikut Serta Komuniti ini Harus lah klik +1 untuk Blog Post Anda,ini kerana setiap anda klik +1 akan menjadi pencarian teratas di google.com.

 Blog Blogger ku Community ini adalah Blog Terpisah daripada Blog Uk untuk pengetahuan Anda.Saya juga ada menyediakan Code untuk Blog Anda Supaya Anda senang mencari nya dan Submit Url kepada sesiapa yang mengikuti Blogger ku.Mari kita beramai ramai ikut serta Blogger ku Community Ramai yang Join Ramai lah pengunjung ke Blog Anda.

Blog Blogger Ku Community ( Boleh Submit Url Blog ) atau Terus Ke Blogger Ku Community



 Mungkin Anda Ingin Baca Youtube 10k Pageview



  Alhamdulilah..Wow..!! Congrate... Pertama kali Pageview Youtube Uk Cecah 10,000 + Perhari.! Apa yang Saya Target 10,000 perhari sudah pun tercapai.Sejak Saya buat Entri Pageview 1000 dan Pageview youtube uk cecah 2000 perhari kini dah Melonjak ke 10,000 perhari,Bahkan Lebih dari purata 10,000 pageview (11,000 +).Terima kasih kepada yang sokong Animasi Saya dan mengkongsikan Animasi Saya ke laman Social facebook ,twitter,whatsapp,youtube channel dan google plus.

  Youtube Uk sekarang semakin kuat dengan bertambah Youtube Subscribe dan para perkongsian laman Social yang memberi impak kepada Youtube Uk.kadang-kadang ianya akan menjadi Consistent ini kerana setiap hari Orang yang tengok Animasi Saya adalah Orang yang sama.Di harap ianya tidak akan menurun dan meningkat dari masa ke semasa.kepada Blogger yang baru kenal Blog ini Sila ikuti Blog ini melalui Follower,Youtube,Facebook,Google +,Twitter dan Blogger Ku.

  Kata Orang "Sedikit-sedikit,lama-lama jadi Bukit" itu yang Saya buat dari 0 pageview sampai ke 500 pageview permulaan yang memang amat Saya banggakan kini dah Melonjak 10,000 pageview.Sekarang Saya nak target 40,000 pageview perhari boleh kah.? (>.<) Biar betul...Insa allah kalau ada usaha pasti akan tercapai.Saya akan Nantikan Entri Pageview Youtube Uk Cecah 40,000 Perhari.!

* Tengok Animasi Ucing untuk Hiburan Hari ini Subscribe & share.


Follow Twitter Dan Retweet Youtube Ucing


  Hi Blogger kali ini Saya nak kongsi Twitter Ucing kadayan.Twitter Ucing hanya mempunyai 80+ followers setakat ini.memang Saya kurang arif dengan Twitter seperti juga Instagram.Pengunaan Twitter agak meluas daripada whatsapp yang hanya terhad melalui nombor telefon bimbit sahaja.

  Twitter adalah Social network pesanan ringkas dan singkat seperti logo burung tweet tweet dia lah.Twitter menyumbang informasi terkini seperti ,Berita,Blogger,Media masa dan Perseorangan kepada seluruh dunia.Agak banyak juga Social media yang di buat sekarang kadang kadang terlalu banyak Social media membuatkan kita sibuk di telefon bimbit sendiri.

 Gambar di atas menunjukkan Twitter Ucing kadayan (@dloadtwit).di bawahnya ada button ,Reply,Retweet ,Like,Email dan Share.Saya teruja dengan button Retweet itu.Ianya mudah untuk perkembangan Twitter anda juga.Jadi Kepada blogger yang mempunyai Twitter jangan lah malu-malu untuk Follow Twitter Ucing dan Retweet Youtube Ucing Yea..(>.<) Insa Allah Ucing akan Follow Twitter Anda Juga.

* Tinggalkan Twitter Anda di bawah komen ini..

Pageview Youtube Uk Cecah 10,000 Perhari.



  Alhamdulilah..Wow..!! Congrate... Pertama kali Pageview Youtube Uk Cecah 10,000 + Perhari.! Apa yang Saya Target 10,000 perhari sudah pun tercapai.Sejak Saya buat Entri Pageview 1000 dan Pageview youtube uk cecah 2000 perhari kini dah Melonjak ke 10,000 perhari,Bahkan Lebih dari purata 10,000 pageview (11,000 +).Terima kasih kepada yang sokong Animasi Saya dan mengkongsikan Animasi Saya ke laman Social facebook ,twitter,whatsapp,youtube channel dan google plus.

  Youtube Uk sekarang semakin kuat dengan bertambah Youtube Subscribe dan para perkongsian laman Social yang memberi impak kepada Youtube Uk.kadang-kadang ianya akan menjadi Consistent ini kerana setiap hari Orang yang tengok Animasi Saya adalah Orang yang sama.Di harap ianya tidak akan menurun dan meningkat dari masa ke semasa.kepada Blogger yang baru kenal Blog ini Sila ikuti Blog ini melalui Follower,Youtube,Facebook,Google +,Twitter dan Blogger Ku.

  Kata Orang "Sedikit-sedikit,lama-lama jadi Bukit" itu yang Saya buat dari 0 pageview sampai ke 500 pageview permulaan yang memang amat Saya banggakan kini dah Melonjak 10,000 pageview.Sekarang Saya nak target 40,000 pageview perhari boleh kah.? (>.<) Biar betul...Insa allah kalau ada usaha pasti akan tercapai.Saya akan Nantikan Entri Pageview Youtube Uk Cecah 40,000 Perhari.!

* Saksikan dan Share Video ini Guruku Tersayang Video Cover Lirik Betul. ke lama Social Anda.Mungkin Hari Guru Akan Menjelang Di Negara Anda.