Youtube Live Subscribe Getting Higher,Subscribe Now.


Showing posts with label lilyrayme. Show all posts
Showing posts with label lilyrayme. Show all posts

Fastest Fidget Spinner On The Planet


  Hi Blogger & Readers.Entah apa apa entah apa yang Saya buat hari itu.Mungkin selalu terfikir dengan Fidget Spinner ini sampai Saya pun membuat Animasi mengenai nya.Fidget spinner ini lah permainan zaman sekarang yang tengah viral di media social dan di mana mana pun pasti ada.

  Kata orang Fidget Spinner ini untuk menghilang kan rasa Stress dan tenangkan fikiran di masa lapang.Saya cuba benda ini memang seronok dan seringkali ingin memutar berkali kali.Benda ini juga disukai oleh kanak kanak dan orang dewasa akan tetapi pasti di awasi apabila benda ini di beri kepada kanak kanak.Walaupun ianya nampak tidak membahayakan ianya boleh mencerdakan jejari kanak kanak kerana jari kanak kanak kecil mudah masuk dalam lubang Fidget Spinner itu.

  Sebelum ini,Fidget Spinner ini di buat seperti gambar di atas akan tetapi setelah ianya popular berlain lain jenis dan bentuk di buat hinggakan ada lampu Fidget Spinner ini.Mungkin Anda juga minat benda ini.Kalau berminat mari Saksikan Animasi yang Saya buat melalui The Fastest Fidget Spinner On The Planet dan Saksikan juga bagaimana Saya membuatnya.

* Kepada yang telah melihat The Fastest Fidget Spinner On The Planet ini jangan lupa " Like & Share dan Subscribe Channel Youtube Saya LilyRayme (^_^).

The Best Epic Compilation Ms Paint Animations


  Hi Blogger & Readers.Kali ini Saya imbas kembali kehebatan yang di Anugerahkan kepada Saya melalui Animasi Ms Paint.Hanya tinggal Empat Animasi sahaja yang Saya simpan di dalam Youtube kerana sebelum ini ada banyak lagi Saya buat Animasi ini dengan mengunakan Ms Paint.

  Saya masih ingat Animasi yang Saya buat seperti Mirc (chatting),windows,Wrestle mania,The Fast,smoking,chicken alive dan Turbo semua nya Saya buat mengunakan Ms Paint.Masa itu Animasi saya agak popular melalui email sebelum adanya Youtube.Saya agak terkilan juga kesemua Animasi itu hilang begitu saja maklum lah masa itu tidak ada hardisk atau pendrive hanya diskette,mana boleh save Animasi itu kerana Saiz nya begitu besar untuk diskette.

  Sejak ada Youtube Saya mula kembali membuat Animasi Ms Paint ini dan komen komen adalah Positif sehingga ada yang komen untuk mengubah Animasi ini ke Flash .Dari situ lah Saya mula berjinak jinak untuk mengunakan Flash.Alhamdulilah sekarang sudah pun pandai mengunakannya dan Saya membuktikan Animasi Flash di Youtube Saya.

  Gambar di atas adalah Empat Animasi Ms Paint yang masih tinggal di Youtube.kali ini ke Empat Animasi itu Saya satukan untuk Tontonan kepada Anda.Sila Like ,Share dan Subscribe Youtube Lilyrayme.(youtube ucing) (^_^).

*Saksikan The Best Epic Compilation Ms Paint Animations

10 Soalan Dari Shikin Razali


Hi Blogger,10 soalan dah berantai dah.saya di tagged lagi oleh Shikin Razali nak jawab Soalan dia pula.Terima kasih juga kerna jawab 10 Soalan dari Saya.Saya nak jawab Soalan awak yang semampunya ok.
Antara Soalan Shikin Razali :

1) Kenalkan diri awak
    Nama Saya LilyRayme (Bukan nama Sebenar) Saya ni lelaki Lily to isteri saya .

2) Antara pulau atau bandar, mana satu pilihan? kenapa?
    Saya Pilih Bandar ,Senang shoping-shoping.

3) Pencapaian yang terbaik dalam kehidupan awak?
   Boleh menghasilkan Animasi di Youtube.

4) Antara beruang panda, kucing, hamster dan arnab, mana satu pilihan awak? Kenapa?
   Kucing kerana Blog saya Blog Animasi Kucing juga.

5) Pendapat awak tentang jurnal saya?
   Menarik banyak info ,Template semacam berada di Taman.

6) Warna kegemaran awak
    Blue Navy.

7) Apakah genre buku kegemaran awak dan kenapa awak suka genre tersebut?
    Saya ni kurang membaca buku kebanyakan membaca di internet dan blog.

8) Siapakah idola awak dalam kehidupan?
   Ibu bapa dan Isteri.

9) Barang yang WAJIB awak bawak semasa keluar dari rumah.
    Kunci Kereta.Kalau tak bawak ,kereta tak jalan.

10) Tempat percutian idaman awak?
    Times Square Usa.

Ok.Dah terjawab 10 Soalan Dari Shikin.Masa ini Saya belum tau Nak Tagged siapa-siapa.Soalan pun belum tahu nak buat.Insa Allah Kalau ada Saya Buat ;)

Sesiapa yang ingin jawab 10 Soalan dari Saya silakan Jawab di Sini.