Youtube Live Subscribe Getting Higher,Subscribe Now.


Showing posts with label tonton animasi. Show all posts
Showing posts with label tonton animasi. Show all posts

Ucing Kadayan The Movie Part 3 Emambo Garage


  Hi Blogger & Readers.Hari ini isnin 4-6-2018  hari di mana Saya akan upload Animasi Ucing kadayan the movie part 3 yang berjudul "Emambo Garage".Animasi ini berdurasi pendek dari sambungan Ucing kadayan the movie part 2 yang berjudul " Baju Spisil"

  Animasi ini menceritakan bagaimana setiap pagi kita akan mencari sesuatu untuk di makan dan apabila makanan itu tidak menjadi pasti kita akan marah kerana kelaparan bukan.Kalau mengikut gambar di atas agak marah Ucing itu,akan tetapi ianya hanyalah gambar suspen yang saya buat.

  Anda pasti akan tertanya tanya apa akan terjadi pada Ucing kadayan dan ada benda istimewa dari Zul untuk di lihatkan pada Ucing.apakah benda itu .? Jangan ketinggalan untuk menonton sambungan Ucing kadayan the movie part 3.Subscribe channel Lilyrayme kerana nanti petang akan Saya upload Animasi ini di Youtube Lilyrayme..Insa Allah..

*Saksikan Animasi Ucing Kadayan The Movie Part 3 Emambo Garage..(Sudah Live di Youtube)


Animasi Jangan Membuang Sampah Sembarangan


  Hi Blogger & Readers.Seperti apa yang Saya janjikan di dalam Entri yang terdahulu Saya ada membuat watak animasi baru iaitu Animasi kartun kotak bersama "KS" yang menceritakan perihal  baik dan buruk nya tabiat kita.

  Animasi ini Saya tujukan kepada kanak kanak betapa nikmatnya kebersihan Alam sekitar tanpa adanya sampah.Animasi ini akan menjadi contoh untuk kanak kanak supaya membuang sampah di tempat yang telah di sediakan.Semoga Animasi ini dapat mendidik mereka supaya menjadi orang yang bertangung jawab.

  Mengapa Saya panggil kartun kotak.? Ini kerana Animasi ini seperti bentuk Segi Empat di badannya dan nama "KS" itu adalah "kotak Square".Sekarang Animasi ini sudah pun Live di youtube Lilyrayme dengan durasi 1:24 minit sahaja.Jikalau Animasi ini mendapat sambutan dan banyak nya Like,Insa Allah Animasi ini akan di teruskan.

*Mari Tonton Animasi Kartun Kotak Jangan Membuang Sampah Sembarangan .Jangan lupa Like ,Share pada rakan media Social Anda dan Subscribe.(^_^)

Ucing Kadayan TM Part 2 Baju Spisil Live On Youtube


  Hi Blogger & Readers.Apa khabar semua.? Semoga semuanya sihat sihat belaka dan di permudahkan segala urusan Anda.Pada hari sabtu pagi 17-2-2018 (Asia time) Saya telah pun mengupload Animasi ucing kadayan the movie part 2 yang berjudul Baju Spisil di channel youtube Lilyrayme.

  Animasi ini ada sambungan Ucing kadayan the movie part 1 yang berjudul kabak kabak.Baju Spisil adalah judul Ucing kadayan the movie part 2 yang bermaksud Baju istimewa.Animasi ini berdurasi pendek hanya 5:06 minit saja dan ianya adalah Animasi komedi dan Aksi .Cerita ini mengisahkan pemberian baju daripada tuanya kepada kucing nya yang  bernama "ein" sambil menukar nama "ein" ke "Ucing kadayan".

  Dalam gambar di atas adalah imaginasi dari Ucing kadayan kerana ianya suka baju berunsurkan Superhero,akan tetapi apa kah yang sebenarnya Baju istimewa itu.? Mari kita saksikan bersama sama Animasi ini Ucing kadayan The Movie Part 2 Baju Spisil.Di harap Animasi ini menghiburkan Anda walaupun and tidak tertawa tersenyum pun jadilah.

* Setelah Anda tonton tolong Like dan Share pada media social Anda.(^_^)

Ucing Kadayan TM Trailer Kabak Kabak


  Hi Blogger & Readers.Ini adalah pertama kalinya Ucing Kadayan The Movie akan Saya tayangkan di Youtube LilyRayme Part 1 yang berjudul "kabak kabak" bererti Denyutan Jantung. Animasi ini berdurasi pendek yang mencerita kan seekor kucing bernama Ein telah meminum Air Komet dari Angkasa.

  Setelah meminum Air Komet tersebut kucing itu telah  menjadi kucing Jadian dan mempunyai keistimewaan tersendiri.Zul Raimi adalah tuan punya kucing dan mencari cari kucing tersebut  setelah terbangun dari mimpi ngeri akan tetapi malam itu bertambah Seram apabila kucing yang di carinya berada di sebelahnya dengan keadaan seperti Mahluk Manusia.

  Saksikan Trailer Ucing Kadayan The Movie Part 1 kabak kabak di Youtube LilyRayme yang akan di tayangkan pada 28-10-2017.Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Animasi Ucing Kadayan The Movie pertama dari Saya.Like ,Share dan Subscribe.

* Ucing Kadayan The Movie Part 1 "kabak kabak" sudah di tayangkan di youtube LilyRayme.


Segmen Tonton Ucing Yang Di Nantikan


   Hi Blogger & Readers.Lama sungguh Saya tak upload Animasi ucing di Youtube Lilyrayme.Jadi kali ini Saya teruja pula nak buat video Musik Animasi Ucing berirama Melayu.Itu lah Saya lain di buat lain pula yang jadi bak kata pepatah Sambil menyelam minum air.Walapun Projek ucing belum siap Saya akan sedikit sedikit membuat Animasi lain untuk hiburan di youtube saya.Yalah dah 6k subscribers tak kan tak buat Animasi untuk menceriakan Youtube Saya.

  Oleh yang demikan Saya kan membuat satu Segmen Tonton untuk Animasi ini.Jadi kepada yang nak join Segmen itu nanti kena lah Follow syarat yang mudah saya berikan.Sebelum ini Saya ada membuat Segmen Tonton Alhamdulilah ramai juga para Blogger join Segmen itu.Segmen ini agak Singkat kerana ianya berakhir dalam masa seminggu atau 10 hari sahaja jadi para Blogger kena lah cepat bertindak.

  Kesemua Perserta yang join Segmen akan di Senaraikan dalam video itu nanti sehabis sahaja Animasi itu tamat sebagai Supporters.Insa Allah dalam masa terdekat Saya akan buat Segmen tonton Animasi Ucing jadi kepada yang belum atau baru kenal Blog ini kena lah Follow Blog ini ya..(^_^) hehe.

* Mari Saksikan Supporters Animasi Lagu Sudah Ku Tahu Versi Ucing.

*Segmen Tonton Ucing Nak Try Irama Melayu Berlangsung Sekarang.

The Best Epic Compilation Ms Paint Animations


  Hi Blogger & Readers.Kali ini Saya imbas kembali kehebatan yang di Anugerahkan kepada Saya melalui Animasi Ms Paint.Hanya tinggal Empat Animasi sahaja yang Saya simpan di dalam Youtube kerana sebelum ini ada banyak lagi Saya buat Animasi ini dengan mengunakan Ms Paint.

  Saya masih ingat Animasi yang Saya buat seperti Mirc (chatting),windows,Wrestle mania,The Fast,smoking,chicken alive dan Turbo semua nya Saya buat mengunakan Ms Paint.Masa itu Animasi saya agak popular melalui email sebelum adanya Youtube.Saya agak terkilan juga kesemua Animasi itu hilang begitu saja maklum lah masa itu tidak ada hardisk atau pendrive hanya diskette,mana boleh save Animasi itu kerana Saiz nya begitu besar untuk diskette.

  Sejak ada Youtube Saya mula kembali membuat Animasi Ms Paint ini dan komen komen adalah Positif sehingga ada yang komen untuk mengubah Animasi ini ke Flash .Dari situ lah Saya mula berjinak jinak untuk mengunakan Flash.Alhamdulilah sekarang sudah pun pandai mengunakannya dan Saya membuktikan Animasi Flash di Youtube Saya.

  Gambar di atas adalah Empat Animasi Ms Paint yang masih tinggal di Youtube.kali ini ke Empat Animasi itu Saya satukan untuk Tontonan kepada Anda.Sila Like ,Share dan Subscribe Youtube Lilyrayme.(youtube ucing) (^_^).

*Saksikan The Best Epic Compilation Ms Paint Animations