Youtube Live Subscribe Getting Higher,Subscribe Now.


Showing posts with label the best ms paint animation. Show all posts
Showing posts with label the best ms paint animation. Show all posts

The Best Epic Compilation Ms Paint Animations


  Hi Blogger & Readers.Kali ini Saya imbas kembali kehebatan yang di Anugerahkan kepada Saya melalui Animasi Ms Paint.Hanya tinggal Empat Animasi sahaja yang Saya simpan di dalam Youtube kerana sebelum ini ada banyak lagi Saya buat Animasi ini dengan mengunakan Ms Paint.

  Saya masih ingat Animasi yang Saya buat seperti Mirc (chatting),windows,Wrestle mania,The Fast,smoking,chicken alive dan Turbo semua nya Saya buat mengunakan Ms Paint.Masa itu Animasi saya agak popular melalui email sebelum adanya Youtube.Saya agak terkilan juga kesemua Animasi itu hilang begitu saja maklum lah masa itu tidak ada hardisk atau pendrive hanya diskette,mana boleh save Animasi itu kerana Saiz nya begitu besar untuk diskette.

  Sejak ada Youtube Saya mula kembali membuat Animasi Ms Paint ini dan komen komen adalah Positif sehingga ada yang komen untuk mengubah Animasi ini ke Flash .Dari situ lah Saya mula berjinak jinak untuk mengunakan Flash.Alhamdulilah sekarang sudah pun pandai mengunakannya dan Saya membuktikan Animasi Flash di Youtube Saya.

  Gambar di atas adalah Empat Animasi Ms Paint yang masih tinggal di Youtube.kali ini ke Empat Animasi itu Saya satukan untuk Tontonan kepada Anda.Sila Like ,Share dan Subscribe Youtube Lilyrayme.(youtube ucing) (^_^).

*Saksikan The Best Epic Compilation Ms Paint Animations

Pageviews Youtube Uk Cecah 1000


  Alhamdulilah..Wow...!Hi Blogger Ucing kadayan Youtube Pageviews sudah Meningkat ke 1000 + Sehari.mengikut kajian Saya video Youtube yang Saya buat telah pun di kongsikan dengan Media Sosial seperti Facebook dan Whatsapp.Selain dari itu adalah dari pencarian Google dan tidak terkecuali dari Blog Ucing kadayan.

  Kata Orang" Kalau tak kenal maka tak Cinta".Apa yang Saya buat adalah memperkenal kan Animasi Saya ke laman Medai Sosial dan Blog melalui Blog ini.kalau sudah kenal mereka akan kongsikan kepada yang lain dan ingin tahu apa yang Saya buat seterusnya.Saya pernah membuat Entri mengenai Ucing kadayan Pageviews walau masa itu Pageviews dari 0 ke 400+ Perhari ianya amat membanggakan Saya untuk permulaan.

  Sebelum ini memang Saya suka suka buat Animasi hanya memakai Ms Paint itu pun Animasinya tak seberapa Cantik akan tetapi jalan ceritanya Amat menghiburkan.Pertama kali Saya upload di Youtube Pageview boleh di kira dalam Seminggu tak sampai Seratus pun.Tapi masa itu Saya tak kisah ,ya lah buat Animasi ini suka suka je dan paling tak percaya Animasi Saya di label "The Best Ms Paint Animation In Youtube" wow..hehe ini adalah komen dari kanak-kanak America yang suka Animasi Saya.

 Sekarang Saya beralih dari Ms Paint ke Animasi 2D ini adalah dari sokongan Rakan rakan supaya membuat Animasi yang lebih Baik.Membuat satu cerita pendek Ms Paint mengambil masa 2 Bulan untuk di siapkan,Memang susah dan meletihkan,Tapi dengan ada nya Technologi Saya ambil kesempatan untuk mempermudahkan nya melalui Flash 2D.Saya memang tidak ada kelulusan dalam membuat Animasi ini  dengan ada nya Anugerah yang di beri iaitu  Imaginasi, Saya boleh lakukan nya sedikit demi sedikit melalui pengetahun dari youtube dan internet juga.

 Semua Animasi yang Saya buat adalah percuma untuk Tontonan dan Hiburan semata-mata,kepada Blogger yang baru kenal Blog ini Sila ikuti Blog ini melalui Follower,Youtube,Facebook,Google +,Twitter dan Blogger Ku.kali ini agak panjang lebar Saya buat Entri ini Maklum lah Youtube dah Sampai 1000+ perhari..wow...! Ucing Nak Menarilah...;)