Youtube Live Subscribe Getting Higher,Subscribe Now.


Showing posts with label ucing kadayan the movie. Show all posts
Showing posts with label ucing kadayan the movie. Show all posts

Ucing Kadayan TM Trailer Kabak Kabak


  Hi Blogger & Readers.Ini adalah pertama kalinya Ucing Kadayan The Movie akan Saya tayangkan di Youtube LilyRayme Part 1 yang berjudul "kabak kabak" bererti Denyutan Jantung. Animasi ini berdurasi pendek yang mencerita kan seekor kucing bernama Ein telah meminum Air Komet dari Angkasa.

  Setelah meminum Air Komet tersebut kucing itu telah  menjadi kucing Jadian dan mempunyai keistimewaan tersendiri.Zul Raimi adalah tuan punya kucing dan mencari cari kucing tersebut  setelah terbangun dari mimpi ngeri akan tetapi malam itu bertambah Seram apabila kucing yang di carinya berada di sebelahnya dengan keadaan seperti Mahluk Manusia.

  Saksikan Trailer Ucing Kadayan The Movie Part 1 kabak kabak di Youtube LilyRayme yang akan di tayangkan pada 28-10-2017.Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Animasi Ucing Kadayan The Movie pertama dari Saya.Like ,Share dan Subscribe.

* Ucing Kadayan The Movie Part 1 "kabak kabak" sudah di tayangkan di youtube LilyRayme.


Back To Square One Logo Lilyrayme


  Hi Blogger & Readers.Sudah seminggu Saya tidak aktif membuat Animasi setelah Saya menghasilkan Animasi Ucing Nak Try Irama Melayu.Alhamdulilah Animasi Ucing Nak Try Irama Melayu sudah sampai mencecah 1000 view.Kebiasaan Saya kalau menghasilkan satu Animasi Saya kan berehat dulu selama seminggu untuk merehatkan fikiran.

 Ya pastinya kalau Saya nak meneruskan Projek uk ini Saya akan membuat pemanasan Minda dan Idea supaya Imaginasi itu tidak terhenti begitu saja.Nah  Kali ini Saya akan membuat kembali Logo Saya iaitu Lilyrayme kata orang putih Back to Square one.Logo Lilyrayme ini adalah kata pembuka untuk Animasi Ucing Kadayan The Movie ianya sama dengan penutup cerita ini akan tetapi Ucing yang jatuh dari atas itu Saya akan hilangkan untuk kata pembuka Animasi Ucing Kadayan The Movie.

 Setelah logo ini siap Saya kan mulakan Percentuman Animasi yang telah Saya buat sekian lama untuk menghasilkan Animasi Ucing Kadayan The Movie Part 1.Animasi ini akan berdurasi pendek dan di bahagikan kepada bahagian-bahagian (part),Saya belum tahu lagi sampai berapa kah part itu berakhir.Namun begitu kepada yang baca Blog ini sila Follow Blog Ucing dan Subscribe channel Lilyrayme (youtube Ucing) ya (^_^).

* Kepada Blogger & Readers yang belum Tonton Ucing Nak Try Irama Melayu boleh lah lihat di sini.


Koboi Rasmikan Ucing Kadayan The Movie Homemade Animation


   Hi Blogger.Salam Ramadan.Hari ini Saya buat Animasi koboi untuk permulaan dan pembukaan Ucing kadayan The Movie.Seperti juga james bond setiap movie nya pasti ada trademark penembakan,jadi Saya buat trademark sendiri lah iaitu koboi (cowboy).

  Selesai sahaja koboi menembak logo Lilyrayme maka Rasmi lah Ucing kadayan The Movie untuk di Tonton seluruh Dunia.Seperti apa yang telah saya post melalui Blog sebelum ini.perubahan untuk menontonnya akan di bagi bahagian seperti part1,part 2 dan seterusnya kerana sudah hampir 3 tahun lebih Youtubian menunggu nak tengok Movie ini.

  Seperti youtuber mereka akan menghasilkan sebanyak mungkin video untuk penonton mereka dan saya adalah sebahagian dari mereka yang menghasil video Animasi buatan sendiri (homemade animations).Ucing Kadayan The Movie hanya dapat di tonton melalui Youtube Lilyrayme,Jadi kepada Mereka yang nak tonton Sila Subscribe Youtube Lilyrayme.