Youtube Live Subscribe Getting Higher,Subscribe Now.


Masa Dah Hampir

Masa Dah Hampir

  HI Blogger..Jangan jadi kan anda ketinggalan untuk ikut serta dalam segment ini,Segment nya adalah mudah hanya copy code ,publish dan tinggal url post anda dalam komen di sini.Blog anda akan di Blogwalking dan saya akan simpan untuk senarai  Page Segment Animasi.

Segment Blogwalking UK20 The Bus

Segment Blogwalking UK20 The Bus.


Uk20 adalah Animasi pendek yang bercorak komedi dan Hiburan.Ini adalah pertama kalinya Blogwalking sambil menonton Animasi Uk20 The Bus secara Percuma.

Syarat-syarat nya Mudah:

1.Follow Blog Ucingkadayan dan Add Google+ .
2.Buat Tajuk Post  UK20 The Bus.
3.Copy semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.
4.Tinggalkan Url post anda di ke dalam ruangan Komen Disini.
5.Tarikh Tutup penyertaan 1 Sept 2015.Kesemua Post UK20 The Bus yang Anda post akan menjadi Home Blog Anda untuk Di Blogwalking sambil menonton Animasi UK20 The Bus .

Senarai Perserta akan di Update Bila-bila masa Selesai Tarikh tutup 1 Sept 2015.

Segment Tamat.

Senarai Blogwalking UK20 The Bus

Tips Blog List Update

Tips Blog List Update

  Hi Blogger hari ini saya nak cerita sedikit Tips bagaimana kita nak tahu blogger Update diaorang punya post.Selain daripada Blogger Dashboard Reading List anda boleh juga simpan gadget ini di laman Blog anda secara live update.

 Blogger Reading List boleh di ikuti melalui blog yang menyimpan gadget Google friend connect yang sekarang menjadi Follower.Gambar di atas adalah cara bagaimana menyimpan gadget mengikut urutan numbor.

 Pertama sekali anda ada memiliki url blog yang anda minati seperti Blog Saya dan pergi ke Blog dashboard ,klik Layout ,di sana anda akan nanpak add gadget klik add gadget.Blogger add gadget Popup akan terpapar ,selepas itu cari lah Blog List,klik Blog List.Selepas itu masukan Url  Blog yang anda minati di add blog to your list.Kalau boleh masukan sekali url saya ya..Lepas tu Save.

 Preview Blog anda ,Anda akan nampak siapa yang update post terbaru di blog anda sendiri.Selamat mencuba.


Animasi UK 2 Zero

Animasi UK 2 Zero

  Hi kali ini saya nak mempersembahkan Animasi U.K 2 zero.U.K  2 zero adalah animasi baru yang bercorak komedi tanpa banyak berkata-kata seperti komedi Mr Bean.Gambar di atas adalah nama untuk pembukaan cerita yang baru saya siapkan sebentar tadi.

 Ceritanya adalah cerita lawak masa sekarang yang belum pernah kita tengok selain saya.hehehe.Animasi nya agak lasak mungkin sesuai untuk peringkat umur dewasa dan boleh di tonton untuk kanak-kanak sebagai hiburan dan bukan untuk di tiru aksi nya.

 Harap - harap Blogger di sini dapat melihat pembuatan dan perkembangan Animasi U.K 2 zero.Jangan Bimbang Animasi saya ini percuma untuk di tonton,Ikuti saya di sini .Mungkin anda adalah orang pertama melihatnya.

Traffic Blog Dan SEO

Traffic Blog Dan SEO

  Hi  Blogger seperti biasa nak update blog ini.Kali ini saya nak cerita sikit pasal traffic blog ini.Blog ini pengunjung nya tak lah hebat sangat akan tetapi blog ini telah membantu channel youtube saya yang pengunjung nya purata 250 + sehari kadang- kadang ke 300 sehari.kira ok lah tu.

 Berbalik pada tajuk di atas Traffic blog SEO.Apa tu.? Traffic bagi internet ada pengunjung pada laman website dan SEO ada Search Engine Optimization ini adalah seperti Yahoo,google ,msn,bing dan sebagainya.Traffic adalah penting bagi setiap laman website untuk melangkah ke page utama SEO.

 Langkah yang bagus adalah submit blog anda ke Seo ,anda boleh google mana-mana yang boleh memasukan url blog anda dan penting setiap blog yang anda update harusnya di Ping.Seperti gambar di atas ucing kadayan umpama Blog dan Bus itu umpaman SEO ianya boleh membawa Blog anda pergi kemana-mana supaya Blog anda di ketahui dalam internet.



Aiskrim Resepi

Aiskrim Resepi

  Hi rehat dulu .Tengok saja animasi yang saya buat hari ini sedap juga.Aiskrim perisa strawberry dengan roti coklat roll.Dulu pada zaman kanak-kanak saya selalu makan aiskrim kerana sejuk dan perisa manis nya.

 Kalau dulu ais batu lah jadi aiskrim kita ,bagi saja perisa minuman sudah pun rasa sedapnya dan nikmatnya.Mudah sungguh resepi aiskrim dulu-dulu tak zaman sekarang.Tetapi kena cepat-cepat makan kerana ais batu akan cepat menjadi air.Berbeza zaman sekarang aiskrim agak lembut dan lama untuk di nikmati.Sekarang aiskrim dah pun banyak berubah dari tidak cantik ke cantik dan dari tidak ada tangkai hingga tangkai nya pun boleh di makan (roti con) sehingga aiskrim boleh di cucur,menakjubkan.

 Saya suka aiskrim hijau mint bersalut coklat..Nyum-nyum awak pula aiskrim apa.?

Diari Rahsia

Diari Rahsia

  Hi Saya nak update Blog saya hari ini.Setelah membuat Animasi kena rehat dulu untuk melapangkan fikiran.Saya terfikir bagus juga ada blog ini kerana kadang-kadang kita berkongsi sesuatu perihal situasi media sekarang,apa yang berlaku di sana kita baca di sini.

 Kalau dulu sebelum adanya internet.Diari lah tempat kita meluah perasan di mana kita tidak dapat menyimpan memori terlalu banyak dalam otak kita.kerna kita jua manusia ada peringkat umurnya.nanti bila Diari itu dah lama tak baca,kita baca kembali untuk mengambilkan Memori lama.seronok juga.Kebanyakan perempuan lah yang banyak menyimpan Diari lelaki pun ada juga.

 Apabila Diari menjadi Rahsia.Itulah yang membuat kan kita tertanya-tanya ,Maklum lah manusia semuanya ingin tahu.Mengapa Diari itu di rahsia kan ?.mungkin kah ada cerita menarik dalam Diari itu.? atau ada cerita barang berharga tersembunyi.? Tapi sekarang Diari tiada lagi Rahsia sekarang boleh di jadi kan hadiah dan boleh dibaca bersama-sama.



Cerita Komedi

Cerita Komedi

  Hi Blogger hari ini entah mengapa lain yang di buat lain pula yang menjadi.Sepatutnya aku meneruskan projek ku,Akan tetapi dalam pemikiran hendak buat Animasi  singkat dan komedi.Animasi singkat pernah saya buat iaitu cerita ayam dan kucing.ini untuk cerita kanak-kanak melayu yang suka komedi.

  Semua Animasi yang saya buat saya simpan di youtube.Memandangan view youtube channel saya hampir memcecah  satu juta terasa ingin pula membuat Animasi komedi singkat yang tidak banyak bercakap seperti Mr Bean.Ini bukan bererti projek saya tidak di teruskan.

  Projek saya memang di teruskan walaupun agak lama ianya akan siap.kini hampir masuk ke 3 tahun pembuatannya.Biar lambat asalkan Selamat.

Pencuri Duit Pintar

Pencuri Duit Pintar

  Hi kali ini saya nak cerita scene ucing kadayan yang agak pintar iaitu bagaimana nak curi duit.Harap- harap orang lain tak boleh ikut scene ini.ini hanyalah jalan cerita animasi yang saya buat,bukan cara cari duit yang halal.

 Banyak lagi cara yang halal nak cari duit bukan dengan mencuri.Berniaga secara kecilan dulu boleh membantu untuk mencari pengelaman sendiri apabila berhadapan dengan perniagaan yang lebih besar.

 Scene ini menceritakan seorang berbadan tegap mencuri tiga billion duit dari bank dengan hanya mengambil masa dalam 30 minit.Anda terbayang tak dengan masa 30 minit ? si pencuri membawa lari tiga billion duit dari bank yang ketat dengan sekuriti dan kamera.Wow..! Tiga billion kaya tu...aku sendiri pun terperanjat ..hehehe..

Fast and Furious Ms paint


Fast and Furious Ms paint

  Hi saya nak cerita balik zaman kegemilangan Animasi saya yaitu Animasi Ms paint.Apa itu Ms Paint.? Ms Paint software dapat di perolehi dari windows untuk melukis,merwarna,editing dan lain-lain.Ini adalah permulaan bagi saya untuk belajar animasi secara mudah.

  Berbeza pada pembuat ms Paint yang lain,keunikan ms paint saya nampak real kartun .walaupun background nya tidak ada ,akan tetapi jalan cerita yang saya buat agak  menarik.Mungkin lah saya orang melayu pertama membuat Animasi Ms Paint sebegini.? Di atas adalah gambar cerita yang saya ambil dari Animasi Ms Paint saya iaitu Damn Fast Damn Furious.Animasinya tidak panjang dan tidak ada punch line pun.Tidak banyak saya buat Animasi sebegini kini saya beralih ke Flash 2D.

 Saya membuat nya agak lama untuk menyiapkan nya hampir dua bulan.Barang yang saya gunakan adalah Ms Paint.movie maker ,wavepad untuk suara dan software gif animator.Saksikan Balik Zaman Kegemilangan Ms Paint saya Damn Fast Damn Furious.

Kalau Boleh Share,Terima Kasih


Update Blog uk

Update Blog uk

  Hi Saudara,Hari ini saya sudah pun siap update ucing kadayan blog.Dari pagi sampai ke petang ni baru lah siap.Terbaru saya membuat pages tentang diri saya,projek yang saya buat,Animasi lain,url blog list,Animasi terbaru dan Alat berguna.Anda nanti boleh lah membaca dan tingalkan komen.

 Page yang menarik adalah Url Blog List.Anda hanya masukan Nama Blog dan Url anda .Ini akan membawakan Trafik pengunjung untuk Blog anda.Pages ini boleh lah di share kepada Bloggers lain dan jangan lupa Follow Google Plus dan Google Friends Follower.

Masukkan Url Blog Anda di Sini

Perempuan Melayu

Perempuan Melayu

  Hi.. Hari ini saya nak buat animasi perempuan melayu sopan.Kita manusia antara lelaki dan perempuan banyak bezanya.bagi animasi pergerakan langkah kaki perempuan berbeza dengan langkah lelaki ada had nya .Saya ambil contoh pergerakan animasi langkah lelaki yang saya buat dan di masukan image perempuan hasilnya agak lucu.

  Oleh itu saya mengambil masa yang lama untuk membuat animasi langkah perempuan mahu pun anak perempuan.Boleh jadi saya akan membuat animasi perempuan ini dalam video musik sempena hari guru.insa allah.

Jenis Tudung

Jenis Tudung

  Hi kali ini saya membuat animasi perempuan bertudung.Jarang kita lihat animasi bertudung dan kali ini saya nak membuatnya untuk u.k movie nanti.ini adalah animasi orang ramai yang saya buat berlain-lain orang supaya jalan ceritanya tidak kaku.

 Mungkin nanti saya akan mengunakan perempuan bertudung ini untuk cerita yang lain.Saya tak tahu jenis tudung apa yang saya buat ini.Kalau mengikut jenis tudung memang bermacam-macam seperti tudung nur,tudung bawal,tudung hajra,tudung ariani dan tudung shawl.Bagi saya perempuan adalah pakar dalam pembentukan jenis tudung.Kalau anda tahu ada berapa jenis tudung sila komen di bawah ini sebagai info.