Youtube Live Subscribe Getting Higher,Subscribe Now.


segmen : bloglist ogos


Segmen Bloglist Ogos Dari thezafirahnazri.blogspot.com.Mari join Segmen ini dan Syarat syaratnya pun mudah.Ucing dah join Segmen,jadi sesiapa yang nak join sila ke Banner di atas.(^_^).Tamat segmen 1 ogos 2017.

Youtube Ucing Mencecah 9k Subscribers Dan Meningkat wow


  Hi Blogger & Readers apa khabar.? Alhamdulilah..Wow..Youtube Ucing (lilyrayme) telah pun Mencecah 9 Ribu Subscribers dan akan meningkat ke 10k dalam masa sebulan lagi.impian untuk mendapatkan 10 k subscribers akan tercapai dalam masa terdekat ini iaitu dalam 800 subscribers lagi.Sebelum ini Saya ada membuat entry mengenai Youtube Channel Ucing Mencecah 8k dan Meningkat.

  Memang tidak di nafikan pada mulanya memang sangat susah untuk mendapatkan subscribers dengan animasi yang tidak seberapa ini ada juga yang ingin melihat perkembangan animasi saya ini.kebanyakan yang mengikuti youtube ucing adalah  golongan kanak kanak dan dewasa.Saya agak hairan juga kanak kanak pun ada akaun youtube ? ya mungkin mereka ini di awasi oleh keluarga mereka.

  Kepada keluarga mempunyai Anak yang selalu melihat Animasi di Youtube ,buat lah satu Akaun Youtube untuk mencegah dari video yang tidak sesuai untuk kanak kanak.Youtube boleh mengatasi video yang tidak sesuai melalui Youtube Setting jadi apa yang akan terkeluar hanyalah video yang baik baik saja.

  Kepada Blogger yang belum ada youtube akaun buatlah dan boleh lah tekan Subscribe Button atas tu .mudah je semudah ABC dan tak sampai Seminit pun.Anda boleh lihat karya Animasi Saya dalam Youtube tersebut kerana kesemua Animasi Saya upload disana dan Free tengok pula tu (>.<).jangan lupa Tekan Like dan Share pada Rakan Media Social ya.

Anda boleh Subscribe di Atas atau di sini Subscribe Sekarang.

Wordless Wednesday Uk#46 Baju Raya Sedondon


  Seronoknya Suasana Hari Raya pada tahun ini memang beraya Sakan sampai satu keluarga berpakaian warna yang sama dengan Daun pokok pisang.Anda Teka berapa orang kah yang ada dalam gambar ini.?

Sila berikan jawapan jumlah orang yang ada dalam gambar ini pada komen di bawah.Share pada rakan media social ya .(^_^) * Sumber dari Whatsapp.Akhir Kata dari Saya Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin Yeaa..(^_^).....

*Sila Buat Ucapan Selamat Hari Raya dalam Video ini =
  Ucapan Selamat Hari Raya & Menyanyi Bergembira.

Segment July-August Bloglist By Sii Nurul

Hi Blogger Ucing join Segmen Bloglist Sii Nurul .Jadi sesiapa siapa nak join sila ke Sini.Syarat-syaratnya mudah sahaja.(^_^)

Kembali Bertugas Tapi Mood Raya Masih Bertahta


   Hi Blogger & Readers.Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.Saya mula kembali bertugas tetapi agak berat juga nak buat entry untuk Blog ini kerana Mood Raya masih bertahta hehe (^_^).Maklum lah Hari Raya sebulan dan Rumah Terbuka atau "Open House"pasti ada pada malam hari tidak mengira di hujung minggu.

  Memang seronok mengunjungi Rumah Terbuka kerana boleh berjumpa saudara mara,rakan taulan dan makan free pula tu.Apa lagi buat kanak kanak mereka lah yang paling seronok dapat duit setiap kali mengunjungi rumah sanak saudara dan rumah terbuka.Tapi kadang kadang kita yang berusia ini pun kena kasi duit juga mengikut keluarga terdekat kita,kena terima juga untuk menjaga hati mereka (^_^).

  Kemeriahan Hari Raya dulu dan sekarang amat ketara kerana dalam usia kanak kanak dulu kami selalu menziarahi rumah ke rumah walaupun mereka tidak kenal kami dan kami tidak kenal mereka juga.Di situ lah perkenalan antara kedua belah pihak saling kenal mengenali berbanding sekarang kanak kanak di bawa oleh keluarga mereka yang mereka kenal sahaja.

  Ok lah..Kepada yang ingin membuat Ucapan melalui Video ini ,Boleh lah Buat Ucapan Selamat Hari Raya kepada Rakan sanak saudara dan keluarga yang jauh di bawah komen Video tersebut.

  Jangan Lupa tekan " Like" Share kepada yang hendak di tujukan ke Media Social Anda dan Subscribe youtube Lilyrayme.Akhir Kata dari Saya Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin Yeaa..(^_^).....

*Sila Buat Ucapan Selamat Hari Raya dalam Video ini =
  Ucapan Selamat Hari Raya & Menyanyi Bergembira.