Youtube Live Subscribe Getting Higher,Subscribe Now.


Ucing Kadayan The Movie Part 1 Mula Di Tayangkan


  Hi Blogger & Readers.Bismillah..Hari ini sabtu 28-10-2017 pada jam 12 tengah malam Saya telah mengupload Animasi Ucing Kadayan The Movie Part 1 yang berjudul "kabak kabak" di Youtube LilyRayme.Animasi ini berdurasi pendek hanya 4:25 minit sahaja dan ianya akan bersambung ke part 2 yang masih dalam pembikinan.

  Animasi ini menceritakan seekor kucing yang bernama Ein telah menjadi Kucing jadian kerana meminum Air komet Unggu yang jatuh dari Angkasa.Malam kejadian itu Ein pulang ke rumah Tuan nya yang bernama Zul Raimi dalam suasana yang menyeramkan.Mari saksikan lebih lanjut lagi cerita Ucing Kadayan The Movie part 1 ini di youtube LilyRayme.

  Kepada Blogger dan Readers yang sudah menonton Ucing Kadayan The Movie part 1.Jangan lupa tinggalkan komen,Like,Share dan Subscribe channel LilyRayme untuk sambungan cerita ini.Semoga Anda terhibur menonton nya dan di harap View Ucing Kadayan The Movie part 1 meningkat Drastik.(^_^).

Subscriber Youtube Lilyrayme Meningkat 12k ke 13k Drastik


  Hi Blogger & Readers.Terkini Youtube LilyRayme telah pun Mencecah 12k Subscribers dan nampaknya tinggal 400+ lagi akan meningkat ke 13k Subscribers.Mengikut Analyatic Youtube Saya subscriber pada bulan ini meningkat drastik dari 400 subscriber sebulan  ke 1200 subscriber sebulan wow.

  Memang seronok apabila Subscriber Youtube Saya meningkat dari hari ke hari akan tetapi ada juga tidak seronoknya apabila Trailer Ucing Kadayan The Movie part 1 hanya mendapat 100+ view dalam masa tiga hari.Agak Risau juga di buatnya apabila nanti Saya upload Ucing Kadayan The Movie part 1 juga mendapat 100+ dalam beberapa hari.

  kebiasanya kalau Saya upload Animasi terbaru dalam masa tiga hari boleh mencecah 1000+ view tetapi saat kebelakang ini agak kurang mungkin Subscriber belum ternampak Notification dari Youtube LilyRayme.Saya hanya berserah sahaja kerana Ucing Kadayan The Movie part 1 akan di tayangkan tinggal 1 hari sahaja lagi iaitu pada 28-10-2107 esok.

  Kepada Blogger & Readers yang belum melihat Trailer Ucing Kadayan The Movie Part 1 yang berjudul "kabak kabak" boleh lah melihatnya dan jangan lupa Like ,Share dan Subscribe Youtube LilyRayme ya.(^_^)

Ucing Kadayan TM Trailer Kabak Kabak


  Hi Blogger & Readers.Ini adalah pertama kalinya Ucing Kadayan The Movie akan Saya tayangkan di Youtube LilyRayme Part 1 yang berjudul "kabak kabak" bererti Denyutan Jantung. Animasi ini berdurasi pendek yang mencerita kan seekor kucing bernama Ein telah meminum Air Komet dari Angkasa.

  Setelah meminum Air Komet tersebut kucing itu telah  menjadi kucing Jadian dan mempunyai keistimewaan tersendiri.Zul Raimi adalah tuan punya kucing dan mencari cari kucing tersebut  setelah terbangun dari mimpi ngeri akan tetapi malam itu bertambah Seram apabila kucing yang di carinya berada di sebelahnya dengan keadaan seperti Mahluk Manusia.

  Saksikan Trailer Ucing Kadayan The Movie Part 1 kabak kabak di Youtube LilyRayme yang akan di tayangkan pada 28-10-2017.Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Animasi Ucing Kadayan The Movie pertama dari Saya.Like ,Share dan Subscribe.

* Ucing Kadayan The Movie Part 1 "kabak kabak" sudah di tayangkan di youtube LilyRayme.


Animasi Ucing Kadayan The Movie Akan Di Tayangkan


   Hi Blogger & Readers.Pembuatan Animasi Ucing Kadayan The Movie part 1 yang berjudul "kabak kabak"bererti Degupan Jantung mula Saya buat untuk di tayangkan di youtube saya LilyRayme pada hari Sabtu 28-10-2017 Insa Allah.

  Saya pilih tarikh 28-10-2017 kerana bertepatan Hari istimewa Anniversary Perkahwinan kami yang ke 10 Tahun.Setiap tahun kami pasti memeriahkan Anniversary perkahwinan kami untuk mengingatikan Hari Bersejarah itu.Dengan hampir siap nya Animasi Ucing Kadayan The Movie part 1 ini apa salah nya kalau Saya tayangkan pada hari tersebut. (^_^).

  Sebenarnya Saya tak berani nak buat Segmen Ucing Kadayan The Movie ini kerana takut kurang penyertaan dari kalangan Blogger maklumlah sekarnag ini Segmen semuanya berhadiah tak lagi seperti dulu.Tapi kalau ada yang bersetuju untuk membuat segmen ini berikan komen Anda di bawah ini jadi ,Saya boleh buat Segmen Ucing Kadayan The Movie part 1.

 Harapan Saya Semoga semuanya berjalan dengan lancar dalam membuat Animasi pertama Ucing Kadayan The Movie Part 1 ini.Jangan lupa Subscribe Youtube LilyRayme kerana tayangan akan bermula dari sana.

Pencarian Top Bloglist Haslina :Nov & Dec 2017

Assalamualaikum

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

http://puankuci.blogspot.my/2017/10/pencarian-top-bloglist-haslina-nov-dec.html 
 
Pencarian Top Bloglist Haslina :Nov & Dec 2017.Hi Blogger & Readers Mari join Segmen dari Blogger Haslina ini dengan syarat yang mudah.Jadi sesiapa nak join segmen ini sila ke banner di atas.Ucing dah join segmen ini.(^_^).

* Sila Like,Share dan Subscribe.Senaman Animasi Penguin Funny Dance

Senaman Animasi Penguin Funny Dance


  Hi Blogger & Readers.Hari ini Saya nak mempersembahkan Animasi The Penguin Funny Dance untuk kanak kanak mahupun orang dewasa.Saya membuat Animasi ini kerana mengikut Youtube viewer Tarian Penguin Dance ini di Tonton banyak kali melalui Anak anak Sekolah.

  Tarian Penguin Dance  ini selalu di jadi kan Senaman pagi sekolah sebelum menghadapi pelajaran di Indonesia kalau tak silap.Jadi dengan senang hati Saya  telah pun membuat Animasi ini untuk mereka yang memerlukannya.Semalam Saya telah pun mengupload The Penguin Funny Dance di youtube LilyRayme akan tetapi jumlah tontonan agak kurang atau mungkin kerana Musiknya tidak Serasi.

  Sebelum ini Saya telah mengupload The Penguin Funny Dance dengan musik "Levan Polkka" no copyright yang selalu serasi dengan Tarian Penguin akan tetapi sesudah Saya upload ada pula Musik Copyright jadi Saya kena gantikan Musik nya dengan "Dancing on Green Grass" dari Youtube Music yang boleh digunakan tanpa copyright.

  Harapan Saya semoga Animasi The Penguin Funny Dance ini diterima oleh mereka yang menontonnya walaupun Musiknya berlainan.Insa Allah kalau ada Musik yang tiada Copyright tu nanti Saya akan upload.Jadi kepada Blogger dan Readers nak menonton The Penguin Funny Dance jangan lupa Like ,Share dan Subscribe Youtube LilyRayme.(^_^) Terima Kasih.