Youtube Live Subscribe Getting Higher,Subscribe Now.


Selamat Menjalani Ibadah Puasa Di Bulan Ramadan 2018


  Hi Blogger & Readers.Selamat menjalankan Ibadah Puasa di bulan Ramadan 2018 ini.Bulan Ramadan adalah bulan di mana pahala berlipat ganda pintu Neraka di tutup dan pintu Syurga di buka seluasnya.Bulan Ramadan adalah bulan di mana kita di uji keimanan kita dan di ajar erti kesabaran.

  Pernah tahun lepas 2017 pada awal bulan Ramadan Saya menghadapi cirit birit kerana makan makanan  pedas semasa bersahur.Akibatnya di awal pagi Saya mula sakit perut dan cirit birit berterusan selama tiga hari,ini memang menguji keimanan saya pada ketika itu.Akan tetapi walaupun cirit birit Saya teruskan puasa juga kerana bukan terasa mual pun.

  Saya mula beransur sihat setelah mengambil ubat dari doktor pada setiap malam nya.Alhamdulilah puasa saya genap sebulan penuh pada tahun lepas.Semoga bulan puasa ini ianya tidak kembali dan Insa Allah dapat menjalan ibadah puasa dengan sempurna Amin..

  Ok Blogger & Readers kali ini Saya nak membuat sambungan Ucing kedayan the movie part 3 pula.Insa Allah kalau saya tidak sibuk Animasi ini  akan Saya upload ke youtube dalam bulan puasa ini.Kepada yang belum melihat Ucing kedayan part 2 boleh lah tengok Disini (^_^).

  Akhir kata Semoga Puasa dan Ibadah kita  berjalan dengan lancar dalam menghadapi kesabaran dan di terima Amalan kita di Bulan Ramadan tahun ini.Amin..