Youtube Live Subscribe Getting Higher,Subscribe Now.


Showing posts with label flash animation. Show all posts
Showing posts with label flash animation. Show all posts

Sekelip Mata Kereta Mercedes Bertukar Ke Lamborghini


  Hi Blogger & Readers.Hari itu Saya ada upload video Animasi ke youtube mengenai kereta Mercedes Tranformasi ke Lamborghini.Walaupun Animasi ini berdurasi pendek akan tetapi membuat nya mengambil masa yang agak lama kerana ia memerlukan banyak pecahan layer.

  Animasi ini Saya memerlukan dua buah kereta dari permulaan dan penghujung scene. Transformasi itu Saya buat di pertengahan scene dan di buat beberapa bahagian layer.Setiap layer itulah yang kena fikir membuat tranformasinya berfikir juga kita di buatnya.

  Animasi ini bagaikan scene Transformers akan tetapi Transformers bertukar dari kereta ke Robot,Animasi Saya hanya bertukar kereta ke kereta lain kira unik lah sikit.Jadi mari kita saksikan Animasi yang Saya buat di youtube iaitu Mercedes Sl Transform To Lamborghini Aventador.

Semoga Video Animasi Saya banyak view dan banyak Like.Kalau boleh Share dan Subscribe Youtube Saya sekali (LilyRayme).(^_^).

The Best Epic Compilation Ms Paint Animations


  Hi Blogger & Readers.Kali ini Saya imbas kembali kehebatan yang di Anugerahkan kepada Saya melalui Animasi Ms Paint.Hanya tinggal Empat Animasi sahaja yang Saya simpan di dalam Youtube kerana sebelum ini ada banyak lagi Saya buat Animasi ini dengan mengunakan Ms Paint.

  Saya masih ingat Animasi yang Saya buat seperti Mirc (chatting),windows,Wrestle mania,The Fast,smoking,chicken alive dan Turbo semua nya Saya buat mengunakan Ms Paint.Masa itu Animasi saya agak popular melalui email sebelum adanya Youtube.Saya agak terkilan juga kesemua Animasi itu hilang begitu saja maklum lah masa itu tidak ada hardisk atau pendrive hanya diskette,mana boleh save Animasi itu kerana Saiz nya begitu besar untuk diskette.

  Sejak ada Youtube Saya mula kembali membuat Animasi Ms Paint ini dan komen komen adalah Positif sehingga ada yang komen untuk mengubah Animasi ini ke Flash .Dari situ lah Saya mula berjinak jinak untuk mengunakan Flash.Alhamdulilah sekarang sudah pun pandai mengunakannya dan Saya membuktikan Animasi Flash di Youtube Saya.

  Gambar di atas adalah Empat Animasi Ms Paint yang masih tinggal di Youtube.kali ini ke Empat Animasi itu Saya satukan untuk Tontonan kepada Anda.Sila Like ,Share dan Subscribe Youtube Lilyrayme.(youtube ucing) (^_^).

*Saksikan The Best Epic Compilation Ms Paint Animations