Youtube Live Subscribe Getting Higher,Subscribe Now.


Cari Duit Internet Dengan Blog



  Hi Blogger.Kali ini Saya nak buat Tips Blogger mengenai bagaimana nak cari duit internet dengan blog tanpa modal.Orang dulu berkata "mustahil kita nak cari duit di internet " akan tetapi sekarang tiada yang mustahil.semua orang boleh cari duit melalui laman social seperti Facebook.Anda boleh rujuk gambar di atas itu adalah bukti saya menjana duit dari internet.sekarang sesiapa yang berkata mustahil itu lah orang yang ketinggalan zaman.

  Zaman sekarang zaman cyber jadi orang sekarang dah tau menggunakan teknologi komputer mahupun telefon bimbit untuk tidak ketinggalan mengambil kesempatan mencari rezeki.Bermacam-macam cara bagaimana nak cari duit .kata orang duit tu senang di cari dan ianya ada di mana- mana yang penting kita kena rajin untuk berusaha mendapatkan nya.Kalau kita tak ada duit modal pun boleh jadi duit juga,

 Modal maksud saya ialah barang ,buah-buah,binatang ternakan,makanan,minuman  yang boleh di jual untuk dapatkan duit.Zaman sekarang bertambah maju kerana teknologi terkini boleh membantu berniaga secara online dari rumah ,dengan adanya komputer dan internet semua orang boleh berniaga dengan barangan tersendiri melalui laman Social dan Blog.

 Sebelum mencari duit dari internet,pastikan anda mempunyai blog sendiri jika tidak mempunyai blog anda boleh lah rujuk di sini Bagaimana membuat blog dengan cepat.Anda akan di beri penjelasan melalui gambar.
Sebaik saja membuat blog yang sederhana pastikan anda selalu update blog anda.

 Selain Blogger juga ada Blog lain seperti wordpress ,weblogs,hubpages dan lain lain ini pun boleh juga.Bagi saya Blogger adalah yang senang untuk permulaan membuat Blog.kalau dengan wordpress tu memang hebat akan tetapi bagi orang yang pandai mengunakan nya saja.

Register Adsense 

  Banyak Blogger menjana duit dari internet melalui iklan seperti google adsense kerana ianya tidak memerlukan modal hanya letak iklan di blog anda seperti blog saya juga.Untuk mendapatkan iklan adsense Anda perlu register dan sign in dengan akaun google Anda.Masukkan url Blog anda dan ikuti syarat-syarat nya untuk mendapatkannya.kalau dah approve oleh adsense Anda boleh lah letak kan iklan adsense di blog anda.

 Selain iklan adsense .bermacam macam lagi iklan lain yang boleh kita menjana dari internet seperti nuffnang atau iklan persendirian.mengikut kemahuan anda lah.mungkin anda ingin buat bisnis sendiri pun blog pasang di Blog anda.Selain Blog anda boleh menjana melalui media social Facebook.ya kebanyakkan di media social lah yang paling banyak produk mereka untuk di jual.tapi kali ini saya buat tips blogger bagaimana cara cari duit internet dengan Blog hehe.

 Adakah Adsense melayu.? Ya memang ada.Adsense akan muncul apabila artikel anda ada bersangkut paut dengan iklan adsense.Kebanyakkan iklan adsense adalah bahasa English.Di sini saya mengunakan bahasa melayu mengikut nama blogspot dan tajuknya.Nah kalau seperti saya membuat entry berbahsa enggris pembaca pun boleh ketawa,mana tidak nya pelajaran bahasa enggris pun tak pas hehe.Sekarang alhamdulillah Adsense melayu sudah pun ada.

  Dulu Blog pertama saya  nama blogspotnya bahasa melayu akan tetapi artikle nya adalah bahasa English.Pengunjung nya kebanyakkan adalah orang barat,jadi mudah lah iklan adsense muncul di sana.Ini saya mengunakan bahasa melayu Tanpa mengubah code dan menambah langguage En.Adsense tidak suka kita menambahnya mengikut diorang punya policy.Sekarang iklan adsense pun ada dalam bahasa melayu jadi senanglah kepada blogger melayu seperti saya ini membuat blog.

 Mengikut pengiklanan adsense.Iklan adsense akan timbul tinggelam kerana bot Seo akan mencari yang sama dengan kata kunci (keyword) dalam bahasa english.Apa apa pun Saya  nak cuba.Kalau tak pun misi kedua saya ialah mengubahnya dalam bahasa English insa Allah.(ini cerita dulu).

Rahsia Adsense

  Adakah menjana duit dengan Adsense ber Rahsia.? Bagi saya tiada Rahsia menjana duit dengan Adsense.Saya pernah membaca terbongkarnya Rahsia Adsense.Kandungan isi nya adalah sama yang pernah saya baca melalui orang yang tidak ber rahsia di blog orang lain.

 Orang yang tahu mungkin akan membuat ianya Rahsia .Orang itu akan membuat artikel dan menyimpannya dalam pdf di jadi kan Ebook untuk di jual dengan harga tersendiri.Kalau dah di jadikan Rahsia memang lah manusia ingin tahu ,jadi dengan ada internet yang mudah.penjual akan menjual di internet dengan strategi mereka.Kalau di beli orang yang ampunya Ebook dapat lumayan pula.Manusia memang pintar.

 Setiap iklan adsense ada nilai harga tersendiri,jika pengunjung datang ke blog anda dan berminat dengan iklan tersebut dia akan klik dan nilai tersebut akan di masukkan ke akaun adsense Anda.Anda tidak akan menjana duit jika blog anda sunyi tanpa pengunjung.Apa yang penting bagi saya ialah pengunjung.Tanpa pengunjung secantik mana pun blog tu sia sia sahaja.Apa tidak nya blog belum dapat di kesan oleh pencarian google mahu pun yahoo.

 Mengikut syarat adsense policy mengenai iklan adsense Anda perlu hati hati dengan Direct Link Blog Anda kerana Adsense tidak akan suka link direct bah kan di khuatiri akan membawa ke pada fraud click.Fraud click lah berpunca akaun adsense kita di banned.Apa yang lebih utama ialah post yang saya tulis tersenarai dalam Seo.

Cara meningkatkan traffic blog

  Sebelum ini saya ada membuat entry mengenai bagaimana cara meningkatkan trafik blog dengan cepat.Anda boleh lah rujuk entry tersebut untuk lebih jelas lagi.Bagi setiap blogger meningkat trafik blog adalah penting supaya apa yang kita buat dapat di ketahui dan di baca ke seluruh dunia.

  Strategi permulaan  saya untuk mendapat pengunjung ialah  dengan menggunakan Google Follower dan CBOX.Ini adalah mudah,Ramai para blogger tahu kedua dua benda ini ada fungsinya.Cbox adalah tempat orang berkomunikasi dengan meninggalkan nama dan link blog anda.Setiap pengunjung ingin tahu siapa yang meninggalkan pesanan ringkas itu dengan link yang anda simpan ianya automatik ke blog yang ingin kita ketahui.

Google Follower juga penting.Apa bila seseorang itu follow blog dia,Setiap blog di permulaan akaun akan tertapar seperti berita setiap kali blogger mempostnya.Sesiapa yang ingin tahu mungkin akan ke sana.

  Strategi saya yang seterusnya ialah dengan SEO.Apa itu SEO.? SEO ialah Search Engine Optimizition.Kalau dalam bahasa melayu ialah Pengoptimuman Enjin Carian.

 Anda faham tak.Enjin carian.? Enjin carian seperti Bing ,yahoo,Msn,Google dan lain-lain.Pengoptimuman.? Kemungkinan yang pasti di cari, itu bagi saya.Setiap Seo ada bots,Bots inilah yang mencari mana mana tata kunci untuk jawabannya.

 Kalau dulu saya pernah menyimpan tata kunci seperti cari duit internet dalam html.Sekarang tidak di benar kan kerana perubahan blogspot mampu mencari nya.Ini kerana blogspot adalah gabungan hak milik dengan google.tapi tidak dengan yahoo,msn,bing.

 Seo ini penting kerana jika anda turut serta.setiap tata kunci yang anda buat akan beratur di Seo .Bagaimana turut serta.? Dengan Add url di setiap SEO seperti Yahoo,Bing,Msn dan lain-lain ini akan meningkatkan pengunjung blog anda.

 Jika kita perhatikan Akaun blog anda.Blogger mempunyai perkakas (tools) tersendiri.Di sini blogger memberi kemudahan untuk anda bagai mana menaikkan traffic (pengunjung) blog anda .

 Seo akan mencari kata kunci,di mana para pengguna internet akan mencari apa jua yang di hajatinya.Kalau seseorang itu membuat blog mengenai cari duit,dia mestilah mempunyai tajuk dan isi kandung mengenai cari duit,keana itu lah yang di cari oleh Seo.Apa apa pun saya berterima kasih kepada Cbox kerana Cbox lah yang memulakan traffic.

 Submit url Blog Anda ke mana mana Seo seperti yahoo (bing.com),google ,Msn dan lain lain.Ya Langkah yang bagus adalah submit blog anda ke Seo ,Anda boleh google mana-mana yang boleh memasukan url blog anda dan penting setiap blog yang anda update harusnya di Ping.

  Apa itu Ping.? .Perkara yang penting untuk Blogger apabila selesai sahaja membuat Entri mestilah Ping Blog anda ke laman website lain yang di masukkan dengan percuma.Ini kerana memberitahu bahawa Blog anda ada Entri baru sudah pun update

 Apabila anda Ping Blog  ianya boleh meningkatkan lagi pengunjung ke Blog anda selain dari social media.Di mana-mana Anda meping ,Robot bot akan cari Blog anda melalui Search Engine Optimization (SEO).Anda Boleh rujuk Senarai yang saya pilih di Ping A Blog.

Bermain Dengan Link 

 Strategi Link.Jika anda tidak ada peminat untuk membaca blog anda,kalau boleh janganlah diorang ini apabila sudah singgah di blog anda nak keluar begitu saja .hehehe .Saya punya tips mungkin berguna.Bermain lah dengan Link di artikel anda.

 Blogger telah pun menyedia Tool yang di perlukan untuk mempost artikel sebelum di publish.Bagaimana caranya.Anda buat suatu ayat yang boleh membesarkan mata diorang Contoh :

 "Baru tadi saya dapat duit dari internet Sejuta.!

 Cuba Anda Klik Sejuta ianya akan berbalik semula ke entry ini.Bagaimana saya membuatnya ikuti di bawah ini.

  Dengan mengunakan Tool blogger (dalam Edit post) ayat  Sejuta itu anda Highlight dan tekan link.Apabila Anda tekan link,box Edit link akan muncul.copy web address Strategi Link dan paste ke box web address tadi.ok.Maksudnya ini akan menambah traffic dan pembaca ingin tahu dengan lebih lanjut lagi.Harap pembaca tidak bosan yea.

 Tinggalkan Backlink

 Apa itu backlinks.? Backlinks aku pun tak tahu sebenarnya hehehe.Tapi dulu aku pernah buat kajian Backlinks.Back itu Belakang.Links itu Address Link Anda.Ini mungkin bermaksud Jika anda komen di sebuah Blog,Anda akan meninggalkan jejak dengan Link anda.

 Jejak Address link Anda yang di tutup dengan ayat Anda untuk membawa pengunjung ke blog anda,seperti ayat sejuta di atas berwarna biru itu.Membuat backlink memang mudah ,Jika anda komen di mana mana Blog pastikan Blog itu ada menyediakan Comments As Name/Url  atau mana-mana pun.

  Dengan cara mengomen,Pagerank anda akan naik.Ianya Umpama kita memberi makan ikan yang kelaparan.Apa yang menariknya Blogger menyediakan punat M-B-T-F dan g+1(social media button) dan ini juga merupakan backlinks.Kalau lebih mendalam Backlinks merupakan sebuah artikel menarik yang pembaca itu membuat lagi artikel dan menuju ke blog dia dan Seo lah yang senang mencarinya.

  Sekian.Harap entry Tips Blogger kali ini boleh membantu anda mencari duit di internet.Sila Follow Blog ini dan Subscribe Youtube saya kerana saya bukan saja membuat tips blogger akan tetapi membuat Animasi 2d flash secara percuma untuk tontonan kepada semua.(^_^)

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
August 2, 2016 at 12:07 PM delete

sekarang memang sedadng berusaha buat duit dengan adsense..akaun berbaki sekarang cuma USD7..ishh..ishh..banyak lagi kena usaha ni..

www.ceritaejoy.com

Reply
avatar
August 2, 2016 at 3:21 PM delete

PC dah apply banyak kali namun belum ada jodoh dengan adsense la :)

Reply
avatar
August 3, 2016 at 8:57 AM delete

usaha tangga kejayaan,nak cari duit dengan adsense perlu teknik,jadi teknik itu semua ada di internet.

Reply
avatar
August 3, 2016 at 8:58 AM delete

ikuti policy adsense.apa yang tak mengikut syarat perlu di buang sebelum memohonnya.(>.<)

Reply
avatar
November 23, 2018 at 6:54 AM delete

cape di phpin sama BO ga jelas?
menang ga dibayar , udh pasti nyesek banget ..
yuk gabung di www.togelshakti.com

1 id untuk 7 permainan
-sportsbook ( afb88 , m8 , united gaming )
- poker & domino
- live casino
- togel
- e -games
- tangkas
- sabung ayam

minimal deposit : 50.000
minimal withdraw : 100.000

bonus rollingan poker 0,3% dibagikan selasa & jumat
bonus rollingan live casino 0,8 % dibagikan setiap selasa
bonus cashback sportsbook 5% dibagikan setiap senin
bonus refferal togel terbesar sebesar 2% untuk semua tipe permainan !

diskon togel : prize :
2d : 29% 2d : 70.000
3d : 59% 3d : 400.000
4d : 66% 4d : 3.000.000

jangan takut tidak dibayar bosku , 100% kami jamin berapapun bosku menang akan kami bayar !!

whatsapp : +855972957106
bbm : e3a521cb
line : shakti4d

read widely , tnink broadly , judge wisely :)

Reply
avatar

Hi Tinggalkan Terus Komen Anda,Dah terlewat Singgah diSini ;D dan Jangan Lupa <---------$"TICK NOTIFY ME "$----------> untuk Maklum Balas.(^x^) miau...Subscribe Youtube Ucing Juga.